Ejen Berang Dengan Minit Perlawanan Van De Beek Dalam Kempen EPL

Donny Van De Beek

Ejen kepada Donny van de Beek, Sjaak Swart nyata begitu berang apabila rekrut baharu Manchester United itu masih belum diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Van de Beek yang baharu sahaja dibawa masuk dari Ajax diberikan peluang beraksi oleh Ole Gunnar Solskjaer selama 23 minit ketika perlawanan menentang Crystal Palace dan hanya dimasukkan pada minit ke-90 sewaktu bertemu Brighton, tempoh hari.

Perkembangan terkini itu nyata membuatkan Swart kecewa dengan ‘layanan’ yang diberikan kepada pemain berusia 23 tahun tersebut.

”Sebagai pemain gantian, saya sama sekali tidak menggemari keadaan ini,” ujar Swart menurut laporan Goal.

”Saya sendiri tidak dapat menerima keadaan ini, digantikan dengan permainan hanya berbaki empat minit untuk ditamatkan. Kalau begitu sebaiknya biarkan saya duduk sahaja.”

”Saya harus untuk mengatakan bahawa dia [Van de Beek] telah melakukan tiga perkara baik [ketika perlawanan bertemu Brighton]. Sepakan penalti itu yang mana menjadi gol kemenangan mereka, datangnya daripada dia.”

”Tetapi biasanya mereka harus tewas 1-7. Lima kali bola terkena tiang dan palang gol, Brighton… Mereka mempunyai pasukan yang baik, tetapi ia tidak terjadi kepada Manchester United.”

Walaupun hanya diturunkan selama 24 minit perlawanan bagi keseluruhan dua perlawanan liga, Van de Beek berjaya menjaringkan gol tunggal ketika Manchester United tumbang 1-3 pada aksi bertemu Crystal Palace di Old Trafford.

Ole bagaimanapun meletakkan Van de Beek di kesebelasan utama pada perlawanan bertemu Luton Town dalam aksi pusingan ketiga Piala Carabao di mana beliau telah beraksi selama 78 minit sebelum digantikan dengan Bruno Fernandes.

Kredit featured image: John Sibley – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Donny van de Beek:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN