Ego Dan Kuasa Pengurus Mladen Krstajic, Mahu Membuktikan Dirinya Orang Tepat

Tak ramai yang memberikan perhatian kepada negara seperti Serbia ketika dalam kelayakan. Orang lebih becerita tentang Itali dan Belanda.

Namun mereka berjaya mara ke Piala Dunia sekali lagi selepas kali terakhir melakukannya pada 2010.  Skuad Serbia kali ini bukan sahaja berhadapan dengan lawan mereka di dalam padang, tetapi pengkritik tegar pasukan mereka di negara mereka sendiri.

Pemecatan jurulatih

3 minggu selepas membawa pasukan ini mara ke Piala Dunia, Slavoljub Muslin (gambar) dipecat dan digantikan dengan bekas pemain mereka, Mladen Krstajic.

Muslin dipecat kerana kritikan ke atas beliau yang mengabaikan bakat muda Serbia iaitu Sergej Milinkovic-Savic yang cemerlang di Itali dan menjadi sasaran kelab besar seperti Manchester United. Milinkovic Savic sendiri seringkali dibandingkan dengan Paul Pogba. Pemain tengah yang lincah.

Ramai menganggap pemecatan ini sebagai pelik kerana ia berlaku hanya kerana seorang pemain muda iaitu Milinkovic-Savic. Ada beberapa pihak mempertikaikan tindakan itu diambil dalam pasukan mempersiapkan diri untuk Piala Dunia.

Era baru Krstajic

Ego dan kuasa pengurus Ia dua perkara yang sentiasa berkait rapat. Tetapi setiap jurulatih akan cuba mengelakkan ego itu memakan diri mereka serta membuktikan mereka lebih tahu apa yang mereka lakukan.

Namun jika hasilnya mengecewakan, sudah pastinya mereka akan menjadi sasaran kritikan dan mereka sudah bersedia dengannya.

Pep Guardiola pernah berkata:

“Perkara paling teruk dalam menjadi jurulatih adalah membuat keputusan. Anda harus membuat keputusan walaupun sukar diterima dan membuatkan anda dibenci.”

Sebaik sahaja Krstajic menjadi ketua jurulatih, beliau telah menggugurkan jawatan kapten daripada Branislav Ivanovic yang sudah lama menjadi kapten mereka.

Krstajic mengumumkan Aleksander Kolarov sebagai ketua pasukan mereka yang baharu pada Mac lalu. Ramai juga yang gusar dengan langkah ini akan membuatkan Ivanovic terkesan dengannya.

Namun begitu, Mladen Krstajic percaya Ivanovic seorang profesional sejati. Ivanovic masih lagi menjadi pemain utama pasukan.

Krstajic vs pengkritik

Selepas mengambil alih, Krstajic mengendalikan Serbia dalam 2 perlawanan pesahabatn. Mereka tewas di tangan Maghribi. Krstajic meminta penyokong tenang kerana beliau masih mahu menguji beberapa pemain.

Krstajic mengubah beberapa aspek taktikal dan juga formasi di dalam permainan membuatkan para pemain perlu mengadaptasi taktikal baru dalam masa yang singkat. Namun Krstajic percaya beliau melakukan perubahan yang akan memberikan manfaat kepada semua pihak terutama sekali para pemain.

Beliau menyatakan beliau mencipta taktikal dan eksperimen kerana mahu memaksimumkan kualiti pemain. Ia lebih daripada hanya untuk Piala Dunia, tetapi untuk kegunaan pada jangka masa panjang.

Serbia bukan negara yang perlu mensasarkan juara Piala Dunia 2018, jadi lebih baik menggunakan pentas ini menguji taktikal mereka untuk pembentukan DNA bola sepak.

Pengulas bola sepak Serbia, Milos Dusanovic menyatakan kegusaran beliau di atas beberapa tindakan Krstajic yang terlalu drastik. Kenapa Krstajic tak meneruskan sahaja perancangan Muslin dan memperbaiki beberapa aspek.

Seterusnya Dusanovic memberitahu, yang perlawanan menentang Maghribi, 86 hari sebelum Piala Dunia, bukan masa yang sesuai untuk bereksperimen lagi. Beliau sepatutnya sudah ada pemilihan pasukan dan taktikal yang jelas.

Dusanovic juga risau dengan pemilihan Krstajic untuk menggalas tugas di Piala Dunia kerana beliau tiada pengalaman.

Selepas itu mereka menang Nigeria. Krstajic terus menembak balik pengkritik yang mempertikaikan keupayaan beliau.

“Pemain menunjukkan karakter yang sebenar menentang Nigeria dan aksi ini akan menjawab kritikan yang dilemparkan kepada mereka selepas kekalahan di tangan Maghribi.”

Selepas itu mereka tewas 1-0 kepada Chile. Sebelum datang ke Rusia mereka membelasah Bolivia 5-1. Ia mungkin akan menjawab sedikit kegusaran itu.

Krstajic berpuas hati dengan beberapa perlawanan pemanas badan mereka dan memuji ketajaman Mitrovic di hadapan gol.

Krstajic mungkin akan menjadi jurulatih yang paling menjadi sasaran media terutama sekali di Serbia. Ini kerana beliau terlalu drastik melakukan beberapa perubahan sebelum Piala Dunia.

Seterusnya, Slavoljub Muslin tetap ada kelompok penyokong beliau sendiri selepas kejayaan jurulatih tersebut membawa Serbia mara ke Piala Dunia.

Adakah Mladen Krstajic akan dapat menutup mulut pengkritik terutama sekali di negara beliau?

Secara realistiknya, mara ke Piala Dunia adalah satu kejayaan yang sangat besar untuk Serbia. Untuk melepasi kumpulan E yang menempatkan Switzerland, Brazil dan Costa Rica boleh dikatakan sukar namun bukan mustahil.

Ini kerana pasukan Serbia memiliki pemain-pemain berkualiti seperti Aleksandar Kolarov, Branislav Ivanovic, Dusko Tosic, Antonio Rukavina, Milos Veljkovic (Werder Bremen), Nikola Milenkovic, Nemanja Matic, Sergej Milinkovic-Savic, Marko Grujic, Adem Ljajic (Torino), Dusan Tadic Filip Kostic, Andrija Zivkovic, dan Aleksandar Mitrovic.

Serbia mungkin akan menjadi pasukan yang paling sukar diramal pada temasya Piala Dunia kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN