Previu: 4 Fakta Pertemuan Jerman vs Mexico, Fleksibiliti Bertemu ‘Postional Play’

Juara bertahan Piala Dunia, Jerman akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan mereka pada malam ini.

Menanti mereka dalam perlawanan pertama ialah Mexico, gergasi benua Amerika Utara juga tuan rumah kejohanan yang sama edisi 2026.

Berikut adalah 4 fakta yang perlu anda ketahui mengenai kedua-dua buah pasukan.

1. Misi pertahan kejuaraan

Tidak ada pasukan di dunia ini yang mempunyai sejarah sehebat Jerman di Piala Dunia. Kenyataan ini berani kami tampilkan, walaupun hakikatnya Brazil adalah juara terbanyak sebanyak 5 kali sepanjang sejarah penganjuran kejohanan.

Ini adalah kerana Jerman adalah pasukan yang tampil di dalam perlawanan terakhir terbanyak, dengan rekod sebanyak 8 kali.

4 daripada perlawanan akhir tersebut memberikan mereka gelaran juara dunia. Manakala 4 lagi menyaksikan mereka sekadar berpuas hati bergelar naib juara.

1990 World Cup Final, Rome, Italy, 8th July, 1990, West Germany 1 v Argentina 0, Jurgen Klinsmann holds aloft the World Cup trophy as West Germany celebrate their win (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Kali terakhir sesebuah negara bergelar juara sebanyak dua kali berturut-turut dalam kejohanan ini ialah pada 1962. Ianya dilakukan oleh Brazil selepas menjadi juara pada edisi 1958.

Hanya Itali mampu melakukan kejayaan yang sama pada dua kejohanan sulung sebelum ini.

Mampukah Jerman mengulangi kejayaan pada 2014 untuk menjadi negara pertama menjuara Piala Dunia sebanyak dua kali pada zaman bola sepak moden ini?

2. Mexico dan kartel dadah

Tumpuan dunia pasti tertumpu kepada Jerman selaku juara bertahan. Daripada senarai 23 pemain yang dipanggil, kepada sesi latihan panas di dalam kem latihan, semuanya diikuti rapat dan diketahui umum dengan pantas sekali.

Mexico turut tidak ketinggalan lari daripada kontroversi ketika persiapan ke Rusia berkaitan kapten dan pemain veteran, Rafael Marquez.

Marquez yang telah beraksi di empat edisi Piala Dunia sebelum ini tidak beraksi dalam perlawanan terakhir pemanas badan di  Rose Bowl, Pasadena.

Ini berikutan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat sejak tahun lalu yang mengaitkan peranan Marquez dengan penyeludup dadah terbesar dari Mexico.

Selain daripada sekatan, akaun bank milik Marquez di U.S turut dibekukan, dan disenaraihitamkan dari berurusniaga dengan mana-mana syarikat yang didaftarkan di Amerika Syarikat.

MEXICO CITY, MEXICO – MAY 21: Rafael Marquez (C), the only player of Mexico with no sponsors on his jersey, after he was signaled by the US Treasury Department for money laundering and drug trafficking, walks with teammates during a training session as part of the preparation for FIFA Russia 2018 World Cup at Centro de Alto Rendimiento on May 21, 2018 in Mexico City, Mexico. (Photo by Hector Vivas/Getty Images)

Segala sekatan tersebut turut tidak membenarkan Marquez memasuki negara berkenaan untuk bermain bola sepak.

Pemain pertahanan berusia 39 tahun itu menafikan segala dakwaan mengaitkan beliau dengan Sinaloa dan Jalisco New Generation- dua kartel dadah terbesar dari Mexico.

Penyenaraian Marquez di dalam skuad Piala Dunia Mexico turut menimbulkan perbalahan di negara berkenaan.

Bagi sesetengah pihak, ia adalah perkara yang paling tidak masuk akal untuk membenarkan seseorang dengan reputasi bekerjasama dengan ‘Raja Dadah’ untuk menjadi kapten pasukan bola sepak di Piala Dunia.

3. Taktikal

Pemilihan akhir senarai 23 pemain untuk dibawa ke Rusia oleh Joachim Low dibayangi oleh penguguran Leroy Sane. Sane adalah penerima anugerah pemain muda terbaik di England.

Namun demikian, Low mempunyai alasan beliau yang tersendiri untuk berbuat demikian. Berasaskan sistem formasi 4-2-3-1 yang fleksibel, Low memerlukans setiap pemain yang mampu beraksi sebagai sebuah unit, baik ketika bertahan ataupun menyerang.

(Photo by Alex Grimm – FIFA/FIFA via Getty Images)

Kebolehan pemain untuk beraksi di posisi berlainan di bahagian serangan juga merupakan antara sebab Sane tidak mendapat tempat di dalam senarai akhir oleh Low.

Jika aspek taktikal yang mahu dibincangkan, Mexico adalah salah sebuah pasukan yang menarik perhatian kami. Berdasarkan pelawanan pusingan kelayakan dan persahabatan, Juan Carlos Osorio menerapkan konsep positional play.

M(Photo by Hector Vivas/Getty Images)

Menggunakan pelbagai formasi bergantung kepada set pemain yang dimiliki, 3-4-3 adalah formasi yang memberikan mereka pilihan untuk melakukan hantaran diagonal, sekaligus membentuk corak zon penguasaan di bahagian tengah.

Osorio juga adakalanya akan menggunakan formasi 4-3-3/4-2-3-1, namun masih menerapkan DNA permainan yang sama di dalam pasukan Mexico.

4. Pemain tumpuan

Di dalam pasukan Mexico, Javier Hernandez ataupun Chicharito adalah pemain yang dilihat sebagai penyerang utama yang akan menjaringkan gol.

Namun perancang utama Mexico akan disandarkan kepada pemain Real Betis, Andres Guardado.

(Photo credit should read DIRK WAEM/AFP/Getty Images)

Guardado adalah pemain tengah yang memberikan keseimbangan di antara tengah dan serangan Mexico, dan gemar berada di garisan atas antara dua blok pertahanan lawan.

Hirving Lozano adalah seorang lagi pemain dan bakat muda yang wajar diperhatikan dari kem Mexico. Sepanjang musim lalu, Lozano telah menjaringkan 17 gol, dan menghasilkan 11 bantuan gol untuk PSV Eindhoven.

Di kem Jerman, kreativiti pasukan untuk mencipta peluang masih lagi tertumpu kepada muka lama, Mesut Ozil.

(Photo by Alexander Hassenstein/Bongarts/Getty Images)

Tanpa Miroslav Klose yang kini adalah sebahagian daripada pasukan kejurulatihan di bawah Low, nama Timo Werner akan menjadi perhatian pertahanan lawan.

Namun mana-mana lawan harus menyedari bahawa kekuatan Jerman ialah kepada barisan pemain-pemainnya yang mampu menjaringkan gol dari mana-mana posisi.

Sebelum sepak mula

Ini adalah gabungan muka lama dan baru Jerman. Julian Draxler, Leon Goretzka, Sebastian Rudi, Julian Brandt dan Timo Werner, adalah anggota baru skuad Piala Dunia yang mempunyai cukup pengalaman dan dibina sejak 2014.

Sejak edisi Piala Dunia 1994, Mexico telah mara sebagai 16 pasukan terbaik di dalam setiap edisi. Penampilan terbaik ialah sehingga suku akhir pada 1970 dan 1986 ketika bergelar tuan rumah.

Mampukan Mexico atau Jerman memulakan kempen mereka dengan keputusan positif pada kali ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN