11 Perkara Tentang Skuad Iceland, Jurulatih Mereka Doktor Gigi Bertauliah

Berikut adalah 11 perkara menarik tentang pasukan bola sepak Iceland.

1. Ranking

6 tahun lalu Iceland berada di ranking ke-130. Hari ini mereka berada di ranking ke-22 dunia ketika hadir ke Piala Dunia Rusia. Kali pertama mereka berada di ranking 30 teratas adalah selepas Euro 2016.

2. Populasi dan bola sepak

Negara Iceland hanya ada populasi 330,000. Dan hanya ada 21,500 pemain bola sepak yang berdaftar.

Pada Euro 2016, dilaporkan lebih 30,000 rakyat mereka berada di Perancis. Ianya hampir 10% daripada populasi mereka meninggalkan negara kerana bola sepak.

3. Jurulatih mereka adalah doktor gigi bertauliah

Sehingga ke hari ini, pengurus Iceland, Heimir Hallgrimsson masih bekerja sebagai doktor gigi secara ‘part-time’.

4. Kejurulatihan

Di Iceland mereka percaya, jurulatih yang baik sangat perlu untuk memastikan anda melahirkan pemain yang bagus. Oleh itu, di Iceland, 70% daripada jurulatih bola sepak mereka memiliki lesen UEFA B dan 23% lagi ada lesen UEFA A.

Hari ini ramai bakat mereka berjaya dieksport ke luar termasuk liga utama Eropah seperti EPL dan Bundesliga.

Glyfi Sigurdsson antara ‘wonderkid’ FM yang berjaya di dalam karier sebenar.

5. Kejutkan England

Selain daripada kelayakan ke Euro buat pertama kali pada 2016, Iceland juga menewaskan England pada suku akhir Euro 2016.

6. Piala Dunia 2018

Iceland berjaya meneruskan kecemerlangan mereka dengan mara ke Piala Dunia. Kemenangan mereka ke atas Belanda di Amsterdam membuatkan Louis Van Gaal meletak jawatan.

Hallgrimson menganggap kejayaan layak ke Piala Dunia sebagai sejarah paling besar dalam bola sepak Iceland.

7. Ikat Argentina

Pada perlawanan pertama mereka di Piala Dunia, mereka mengikat pasukan pilihan Argentina 1-1 dengan aksi yang sangat kental. Ia dianggap antara kejutan terbesar dalam Piala Dunia.

Alfred Finnbogason menjadi pemain Iceland pertama menjaringkan gol di Piala Dunia.

8. Birkir Mar Saevarsson bekerja di kilang garam

Birkir Mar Saevarsson, pemain yang berjaya merantai Lionel Messi dan rakan-rakan dalam aksi pembukaan Piala Dunia Iceland. Beliau bukan sahaja pemain profesional, malah turut bekerja sebagai pembungkus garam di Reykjavik.

Beliau berkata:

“Perkara itu sudah biasa di Iceland. Yang luar biasa dalah Iceland mara ke Piala Dunia.”

9. Halddorsson pembikin filem

Penjaga gol mereka Hannes Halldorsson merupakan pengarah filem di Iceland dan mengarahkan video untuk Iceland dalam pertandingan Eurovision Song Contest 2012.

Beliau menyatakan yang syarikat perfileman SagaFilm sentiasa menanti beliau apabila beliau sudah bersara kelak.

10. Nama sson/ssen atau dottir

Ia adalah nama keluarga untuk orang Iceland dalam tradisi Nordic. Misalnya Gylfi Sigurdsson. Nama beliau adalah Gylfi dan ayahnya adalah Sigurd. Untuk perempuan, sson akan digantikan dengan dottir.

Misalnya, Gylfi ada adik perempuan bernama Anna. Nama adik beliau itu ialah Anna Sigurddottir.

Kalau Gylfi Sigurdsson ada adik berlainan ayah, misalnya emak dia pernah berkahwin dengan Oskar dan ada seorang anak bernama Thor. Nama anak itu adalah Thor Oskarsson.

Jangan lupa kongsikan nama Iceland anda dengan kami di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN