Ederson Terkejut Melihat Nama Alisson Digugurkan Dari Skuad Brazil

Penjaga gol utama Manchester City, Ederson mengakui yang beliau sangat terkejut ketika melihat nama Alisson digugurkan dari skuad utama Brazil dan beliau juga tidak pasti mengapa hal itu boleh berlaku.

Pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini kerap menjadi penjaga gol simpanan atau lebih tepat lagi sebagai back up kepada Alisson dalam skuad kebangsaan Brazil.

Hal ini kerana bekas pengurus skuad kebangsaan Brazil, Tite sememangnya lebih percaya kepada Alisson berbanding Ederson untuk menjadi penjaga gol utamanya.

Walau bagaimanapun, penjaga gol Manchester City itu sepertinya bakal berpeluang untuk membuktikan kemampuannya menjadi tembok terakhir untuk skuad kebangsaannya pada rehat antarabangsa kali ini.

Ia kerana penjaga gol utama Brazil, Alisson tidak terpilih untuk sertai skuad kebangsaan kali ini selepas pengurus interim, Ramon Menezes mengetepikan nama penjaga gol Liverpool itu dari skuadnya.

Ramon Menezes dilantik menjadi pengurus interim Brazil selepas Tite mengundurkan dirinya dari jawatan tersebut sebaik tersingkirnya Brazil di pentas Piala Dunia di Qatar.

Menezes memilih Mycael dari Athletico Paranaense, Weverton dari Palmeiras dan Ederson dari Manchester City untuk menjadi penjaga gol pilihannya.

Beliau mengetepikan terus nama Alisson dari senarai pemain pilihannya dan kerana itulah hal tersebut mengejutkan Ederson.

Ederson terkejut melihat nama Alisson digugurkan

Alisson Becker terus menerus mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan walau Liverpool dilihat sangat bergelut sepanjang musim ini.

Ederson sendiri mengakui yang beliau agak terkejut melihat Menezes mengetepikan nama Alisson dari skuad kebangsaan Brazil kali ini.

“Pertama kali saya lihat senarai itu saya sangat terkejut, tapi ia keputusan jurulatih.”

Jelas Ederson kepada Globo.

“Memang ada pilihan, saya fikir dia akan terpilih, tapi ternyata dia tidak, saya juga tak tahu mengapa, mungkin ia kesempatan untuk pemain yang lebih muda.”

“Tapi kita perlu tetap berusaha, berikan yang terbaik, setiap hari akan ada pemain bagus yang mampu untuk pikul tanggungjawab itu.”

Dek kerana Alisson terlalu dominan, ia sebenarnya menyekat potensi Ederson untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Brazil.

Ederson setakat ini hanya memiliki 19 caps sahaja bersama Brazil sementara Alisson mempunyai 61 caps.

Namun ketika ditanya adakah beliau berpotensi untuk menjadi penjaga gol utama Brazil, Ederson menjawab yang masih terlalu awal untuk berfikr tentang menggantikan tempat Alisson secara tetap.

“Saya fikir masih terlalu awal untuk itu (Bercakap tentang menjadi pilihan utama). Sudah tentu ia sangat penting untuk memulakan kitaran baru, bagi saya ia tiada beza dan saya harap saya akan mampu memulakannya sebaik mungkin.”

Jelas Ederson.

“Tapi kita tahu ia kitaran yang panjang, banyak hal yang boleh berlaku, kamu perlu lalui macam-macam sepanjang tempoh ini. Kamu perlu bekerja lebih keras lagi dan terus konsisten untuk terus berada di sini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN