Alisson Becker Tampil Menghentam Rakan Sepasukannya Tanpa Belas

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker tidak teragak-agak menghentam rakan sepasukannya selepas mereka sah tersingkir dari saingan Champions League musim ini.

Bercakap ketika sesi sidang media, Alisson Becker meluahkan rasa kecewa beliau terhadap sikap rakan sepasukannya dan berharap agar The Reds mampu bangkit dari musim yang mengecewakan pada musim ini.

Liverpool jelas sekali sedar yang mereka perlukan keajaiban untuk layak ke pusingan seterusnya selepas mereka dibelasah 5-2 di Anfield ketika aksi leg pertama.

Memandangkan mereka perlu mencatatkan kemenangan besar, maka jelas sekali para pemain perlu mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dahsyat dalam perlawanan tersebut.

Namun begitu, sepertinya aksi para pemain tidak berada di tahap yang sepatutnya dengan Liverpool tewas 0-1 di tangan Real Madrid di Santiago Bernabeu.

Kekalahan 1-0 itu menyebabkan Liverpool tersingkir selepas mencatatkan kekalahan menerusi aggregate 6-2.

Ia merupakan satu keputusan yang jelas sekali mahu segera dilupakan oleh skuad Liverpool, terutama mengenangkan mereka sedang melalui musim yang sungguh  mendukacitakan.

Selepas tamat perlawanan tersebut, pemain terbaik Liverpool ketika aksi bertemu Real Madrid hari ini, Alisson Becker tampil menghentam rakan sepasukannya tanpa belas.

“Saya rasa setiap detik sepanjang musim ini ada alasan sebaliknya dan hari ini kita boleh katakan yang sikap para pemain di atas padang adalah puncanya.”

Jelas Alisson Becker kepada TNT Sports.

“Bahkan saya rasa kerana perlawanan pertama yang menyebabkan keputusan yang melibatkan jaringan yang besar.”

“Datang ke sini, tewaskan Real Madrid jauh dari halaman sendiri, ia sangat sukar untuk dilakukan …. Bercakap sebagai seorang manusia biasa sekarang, ia sangat sukar untuk laksanakan harapan untuk layak.”

“Sekarang, saya menyarung jersi Liverpool, saya akan bermain bertemu Real Madrid di Santiago Bernabeu, yang terbaik saya boleh lakukan adalah berikan yang terbaik semampu saya.”

“Jadi itu adalah pandangan saya, saya yakin saya sudah berikan yang terbaik dan saya pergi dari sini dengan hati yang lebih tenang.”

“Dan sekarang bercakap sebagai sebuah pasukan, masih banyak yang perlu kita lakukan. Dan dengan musim ini yang ada turun naik, setiap detik memang ada alasannya yang tersendiri.”

Alisson kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan:

“Kita ada masalah kecederaan, saya rasa kita tak akan suka bercakap tentang itu dalam bola sepak. Kita tak akan gunakan itu sebagai alasan, tapi masalah kecederaan memang mengecewakan kami.”

“Sekarang kita hanya ada seorang pemain sahaja yang sedang berehat, jadi tidak ada alasan lagi. Ia kekal macam ini sudah sebulan.”

“Kita mengharungi perlawanan yang sungguh dahsyat dan menakjubkan bertemu United. Tidak lama selepas itu, kita pamer aksi longlai bertemu Bournemouth. Dan bertemu Real Madrid, bukanlah kita bermain dengan teruk, tapi kita tak bermain dengan cukup baik untuk bersaing. Kita kurang dari segi sikap, banyak yang kurang dari kita sebenarnya.”

Liverpool kini perlu menyiapkan diri mereka kerana mereka selepas ini bakal melalui tiga perlawanan yang sukar bertemu Chelsea, Manchester City dan Arsenal.

Jelas sekali skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan sangat berharap agar mereka bakal menamatkan kempen saingan musim ini di kelompok empat teratas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN