Tindakan Klopp Untuk Tak Mahu Tambah Garam Pada Luka Di Hati Kem Man United Selayaknya Dipuji

Liverpool berjaya mengaibkan Manchester United selepas kejayaan mereka membelasah anak-anak buah Erik ten Hag itu dengan keputusan 7-0 di Anfield awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut jelas sekali bakal menjadi antara kenangan termanis dari Jurgen Klopp untuk para peminat atas kejayaan mereka melunyai seteru utama mereka itu.

Walau bagaimanapun, selepas tamat perlawanan tersebut, Jurgen Klopp tidak meraikan kemenangan skuadnya dengan gaya keraian yang biasa beliau lakukan.

Man United turun dalam perlawanan ini dengan rekod prestasi yang sangat meyakinkan dengan mereka baru sahaja mengakhiri kemarau enam tahun piala selepas menjulang gelaran Carabao Cup.

Manchester United juga baru sahaja menyingkirkan gergasi La Liga, Barcelona dari pertandingan Europa League.

Jelas sekali skuad kendalian Erik ten Hag itu lebih dianggap sebagai calon kegemaran untuk memenangi perlawanan bertemu Liverpool itu.

Liverpool pula sementara itu pada ketika ini sedang melalui musim yang sangat mendukacitakan dan mereka jelas sekali dianggap bakal diaibkan oleh United di Anfield.

Para penyokong Red Devils juga merasa sangat yakin yang mereka bakal ganyang Liverpool di gelanggang keramat skuad The Reds itu.

Namun begitu keputusan perlawanan jelas berbeza dengan Liverpool sepertinya terlalu buas untuk dihadapi oleh Manchester United.

Kenduri gol itu bukan hanya beri Liverpool tiga mata penuh, bahkan ia juga turut menyemangatkan lagi skuad kendalian Jurgen Klopp itu untuk mengejar kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga.

Melihat kepada persembahan anak-anak buahnya, jelas sekali Jurgen Klopp berhak untuk bergembira dan meraikan hal tersebut selepas tamat perlawanan.

Pengurus bersama para pemain berjalan ke arah the kop dan mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang memberi sokongan padu kepada mereka sepanjang perlawanan tersebut.

Namun begitu, walau diminta oleh para penyokong, Klopp jelas sekali menolak untuk melakukan keraian ‘first-pump’ yang biasa beliau lakukan itu.

Penyampai, Richard Keys dan Andy Gray kemudiannya turut bercakap tentang hal tersebut ketika bersiaran untuk beIN SPORTS dengan mereka menyimpulkan bahawa Klopp melakukan hal tersebut atas dasar menghormati lawan.

“Adakah itu sebagai tanda menghormati?”

Soal Keys dengan Gray kemudiannya menjawab:

“Ya, 100 peratus.”

Topik tersebut menjadi perbualan mereka kerana Klopp sebelum ini pernah menyuarakan tentang sikap tak menghormati lawan yang ditunjukkan oleh segelintir pihak selepas tamat sesebuah perlawanan itu.

Melihat kepada cara Klopp untuk tidak mahu menambah garam pada luka di hati kem Man United, maka tidak hairanlah mengapa beliau bersuara tentang hal tersebut sebelum ini.

Beliau juga tidak bersungguh-sungguh meraikan gol-gol dari skuadnya selepas melihat Manchester United terlalu teruk diaibkan dalam perlawanan tersebut.

Ia merupakan satu sikap terpuji dari Jurgen Klopp yang mana beliau berhak untuk dipuji atas hal tersebut.

Leave a Reply