Ronaldo Akui Dirinya Kini Manusia Yang Lebih Baik Selepas Tinggalkan Man United

Ketua pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo menegaskan yang beliau kini merasakan bahawa dirinya menjadi manusia yang semakin baik selepas sah meninggalkan Manchester United.

Ronaldo membuat kemunculan semula ke bumi Old Trafford pada tahun 2021 lalu selepas beliau memilih untuk meninggalkan Juventus.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu dengan segera memberikan impak yang sungguh luar biasa dahsyat untuk Man United di bawah kendalian bekas rakan sepasukannya, Ole Gunnar Solskjaer.

Cristiano Ronaldo pada ketika itu berjaya menjaringkan 24 gol dari 38 perlawanan untuk Man United sepanjang musim 2021/22.

Masa depan Ronaldo di Old Trafford dilihat semakin malap selepas Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan pihak kelab melantik Erik ten Hag sebagai pengganti.

Selepas merasa tidak gembira dengan beberapa keputusan dari pengurus baharu kelab itu, Ronaldo mencetuskan sensasi dengan mengkritik Ten Hag secara terbuka.

Cristiano Ronaldo mencetuskan sensasi selepas beliau bukan hanya mengkritik Ten Hag, dengan beliau juga turut menghentam Man United ketika bercakap dalam temu bual bersama Piers Morgan.

Kontrak Ronaldo bersama Man United telah ditamatkan pada November lalu dengan legenda Portugal itu kemudiannya memilih untuk menerima tawaran luar biasa lumayan dari Al-Nassr.

Pengurus Portugal, Roberto Martinez tetap memanggil Ronaldo untuk sertai skuad kebangsaan walau ramai yang merasakan pemain penyerang itu sudah tidak mampu untuk beraksi di pentas antarabangsa lagi.

Ronaldo berkemungkinan akan diturunkan dalam aksi perlawanan bertemu Liechtenstein dan Luxembourg untuk aksi kelayakan Euro 2024.

Bercakap ketika sesi sidang media, bintang Portugal itu menyatakan bahawa:

“Kadang kala kamu perlu lalui sesuatu untuk melihat siapa yang memihak kepada kamu.”

“Saya tak ada masalah untuk katakan yang saya ada melalui karier yang buruk, tapi tak ada masa untuk menyesalkan itu. Hidup perlu diteruskan dan sama ada dilakukan dengan baik atau tidak, ia merupakan sebahagian dari perkembangan saya.”

“Ketika kita berada di kemuncak, kita memang jarang untuk melihat apa yang ada di bawah.”

Ronaldo turut mendedahkan yang beliau merasakan dirinya kini menjadi manusia yang semakin baik terutama sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Jelas sekali beliau mahu memberitahu yang beliau merasakan dirinya semakin membaik selepas meninggalkan Man United.

“Sekarang, saya lebih bersedia dan faham apa yang lebih penting, kerana saya tak pernah lalui ini, seperti sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sekarang saya menjadi manusia yang lebih baik.”

Masa depan Ronaldo bersama skuad kebangsaan Portugal semakin diragukan selepas mereka disingkirkan oleh Maghribi di peringkat suku akhir saingan Piala Dunia baru-baru ini.

Martinez yang masuk menggantikan Fernando Santos sebagai pengurus skuad kebangsaan Portugal juga turut mendedahkan yang Ronaldo masih ada dalam perancangan beliau untuk Euro 2024 dan Piala Dunia 2026.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN