Paulo Dybala Impikan Detik Merobek Gawang Iker Casillas Hari Ini

Paulo Dybala menyatakan hasrat beliau untuk merobek gawang Casillas kerana ia adalah perkara yang istimewa.

Dybala mahu melakukannya menjelang pertemuan kedua di antara Juventus dan Porto pada awal pagi esok.

Juventus menang 2-0 dalam pertemuan pertama mereka sebelum ini hasil jaringan Pjaca dan Daniel Alvez.

Juventus dijangka tidak ada masalah untuk mara ke pusingan seterusnya lebih-lebih lagi dengan bekalan 2 gol di tempat lawan yang mereka ada.

Dybala hanya menjaringkan 1 gol daripada 5 penampilan terakhir beliau dalam UCL.

Untuk jaringan semua pertandingan, Dybala sudah mencetak 13 gol daripada 30 perlawanan musim ini.

Beliau memberitahu media bahawa beliau masih bekerja keras untuk memperbaiki penyudah beliau.

Dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Porto di Turin, Dybala menyatakan beliau mahu merobek gawang Casillas.

Dybala berkata:

“Memang saya ingin menjaringkan gol berhadapan dengan beliau. Ini bukan bermakna saya tidak menghormati beliau.”

“Saya sangat menghormati Casillas. Tapi seorang penyerang macam saya, tugas kami adalah menjaringkan gol.”

“Jadi, untuk menjaringkan gol ke atas penjaga gol seperti beliau adalah perkara yang istimewa.”

Ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan bertukar jersi dengan Casillas. Dybala menjawab:

“Saya sedikit segan untuk menjawab soalan ini.”

“Tapi jika beliau ada membaca petikan temu ramah ini, saya berharap dia tak keberatan nanti untu berikan saya jersi beliau ketika saya datang kepada beliau.”

“Atau paling tidak dapat sarung tangan pun jadilah.”

Baca juga: Statistik: Sergio Ramos Adalah Goal-Scoring Center Back Terbaik Eropah Ketika Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN