Statistik: Sergio Ramos Adalah Goal-Scoring Center Back Terbaik Eropah Ketika Ini

Pada kali ini kita akan melihat 5 fakta tentang statistik jaringan Sergio Ramos.

Sergio Ramos telah melalui musim terbaik beliau di dalam karier sebagai goal-scoring center back.

Ramos memang seorang pemain yang boleh menjaringkan gol dengan banyak disiplin. Beliau juga boleh megambil sepakan percuma terus serta sepakan penalti.

Statistik opta menunjukkan musim ini sebagai musim terbaik Ramos dari segi jaringan gol sebagai seorang pemain pertahanan dalam 5 liga utama Eropah.

1. Cecah angka 2 digit

Musim ini adalah pertama kali Sergio Ramos mencecah 2 digit dalam jumlah jaringan semusim untuk semua pertandingan dalam sejarah karier beliau.

Gol kemenangan ke atas Real Betis awal pagi tadi adalah yang kesepuluh musim ini untuk beliau.

Pencapai terbaik sebelum ini adalah pada musim 2013/14 dan 2014/15 dengan 7 gol dicetak dalam musim tersebut.

2. Penanduk bola paling tajam

Musim ini, Ramos telah melakukan jaringan menerusi rutin tandukan sebanyak 8 kali dalam semua pertandingan.

Ia adalah jumlah tertinggi berbanding dengan mana-mana pemain di dalam Liga Sepanyol untuk jaringan menerusi tandukan.

3. Terus menjaringkan gol setiap musim

Hanya 1 musim sahaja beliau gagal mencatatkan sebarang gol dalam semusim.

Ianya pada musim pertama beliau dalam Liga Sepanyol ketika bersama Sevilla pada musim 2003/04.

Selepas itu, beliau sentiasa menjaringkan gol dalam setiap musim sejak 2004/2005 sehinggalah ke musim ini.

Jaringan minimum beliau semusim selepas 2004/2005 adalah 3 gol.

4. 71 gol dan kiraan diteruskan

Setakat artikel ini ditylis pada 13 Mac 2017, pukul 6 petang, pemain ini telah menjaringkan 71 gol di dalam karier beliau dan kekal aktif.

Jika dibandingkan dengan seorang lagi pemain goal-scoring center back iaitu John Terry, Ramos telah mengatasi Terry dengan 5 gol setakat ini.

Terry menamatkan karier dengan 66 gol.

5. Rekod jaringan setiap musim

Ini adalah rekod jaringan Sergio Ramos untuk setiap musim.

2003/04 – Gol: 0 (Sevilla)
2004/05 – Gol: 3 (Sevilla)
2005/06 – Gol: 6 (Sevilla, Real Madrid)
2006/07 – Gol: 6 (Real Madrid)
2007/08 – Gol: 6 (Real Madrid)
2008/09 – Gol: 6 (Real Madrid)
2009/10 – Gol: 4 (Real Madrid)
2010/11 – Gol: 4 (Real Madrid)
2011/12 – Gol: 4 (Real Madrid)
2012/13 – Gol: 5 (Real Madrid)
2013/14 – Gol: 7 (Real Madrid)
2014/15 – Gol: 7 (Real Madrid)
2015/16 – Gol: 3 (Real Madrid)
2016/17 – Gol: 10 (Real Madrid)

Luangkan masa anda sekejap layan dab ini.

Rumusan

Real Madrid ternyata mendapat banyak manfaat daripada aksi cemerlang Ramos musim ini.

Beliau kerap menyelamatkan pasukan beliau serta menjaringkan gol kemenangan penuh inspirasi.

Buat masa ini, Real Madrid berada di kedudukan teratas La Liga dengan 2 mata di atas Barcelona.

Mereka masih ada 1 perlawanan di dalam tangan. Kejuaraan liga musim ini pastinya sesuatu yang mahu dikejar oleh Ramos.

Ini untuk melengkapkan musim cemerlang beliau sebagai kapten dan juga dengan rekod jaringan sensasi ini.

Baca juga: Statistik: 4 Pemain Paling Kreatif Di 5 Liga Utama Eropah Sejak 2014/15

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN