Pijak Kaki Axel Wistel, Pemain Ini Didenda & Diturunkan Ke Skuad Simpanan Oleh Kelabnya

Kecoh tempoh hari di laman sosial apabila seorang pemain Shanghai Shenhua telah memijak pemain lawan.

Qin Sheng telah ‘kantoi’ memijak kaki pemain lawan yang merupakan bintang Tianjin Quanjian, Axel Wistel ketika aksi Chinese Super League (CSL) tempoh hari.

Sengaja

Dalam perlawanan itu, Sheng yang merupakan pemain skuad kebangsaan China telah memijak kaki Wistel ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan.

Perlawanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Dalam situasi sepakan penjuru, Sheng telah didapati memijak kaki Witsel dengan sengaja.

Ia berlaku selepas Witsel menolak Sheng dari menjaga beliau ketika situasi sepakan penjuru itu.

Sheng yang berang ditolak kemudiannya memijak kaki Witsel dengan sengaja lagi kuat.

Witsel yang meraung kesakitan telah mendapat perhatian pengadil dan Sheng terus dihukum dengan dibuang padang oleh pengadil perlawanan.

Bengang

Tindakan Sheng itu nyata tidak perlu untuk dilakukan ketika perlawanan dan tindakan beliau itu telah mengundang kemarahan presiden kelab – Wu Xiaohui.

Xiaohui mengambil keputusan drastik untuk mendenda Sheng dengan mahukan Sheng membayar denda sebanyak £35 ribu.

Selain itu, Sheng juga disingkirkan dari skuad utama pasukan dan dipaksa bermain bersama skuad simpanan.

Dalam masa yang sama beliau berhadapan kemungkinan untuk dipotong gaji oleh pihak kelab.

Tujuan ia dilakukan adalah sebagai langkah kelab untuk memastikan tiada pemain yang terlepas dari dihukum akibat melakukan kesalahan.

Pihak kelab juga meminta Sheng untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada Witsel diatas kesalahan beliau.

Sheng kemudiannya melakukan permohonan maaf secara terbuka di laman sosial beliau, berikut terjemahannya:

“Perlawanan yang menghiburkan tetapi kesalahan yang bodoh.”

“Perangai peribadi saya telah memberi kesan kepada pasukan. Saya ingin memohon maaf kepada penyokong, pegawai kelab dan staf kejurulatihan serta mereka yang terlibat bersama-sama saya dalam pergaduhan tempoh hari.”

“Sebagai pemain profesional, saya tak sepatutnya ‘membalas dendam’ kepada Axel Witsel sebaliknya turutkan saja keputusan pengadil.”

Kami memuji tindakan Sheng yang memohon maaf dan sedar akan kesilapan beliau. Diharap peristiwa ini menjadi iktibar kepada semua pemain profesional di luar sana.

Baca juga: Paulo Dybala Impikan Detik Merobek Gawang Iker Casillas Hari Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN