Duo Serangan Berbisa PDRM Kekal Bersama Untuk Musim Depan?

PDRM terus menjadi antara pasukan paling aktif ketika ini untuk menandatangani pemain mereka dengan dua daripadanya sah bakal mewakili kelab tersebut untuk saingan musim hadapan.

Terdahulu, PDRM sah mengikat kontrak dua pemain import mereka iaitu tonggak kebangsaan Jordan, Fadi Awad serta pertahanan kental dari Myanmar, Kyaw Min Oo.

Kedua pemain tersebut boleh dikatakan berjaya menampilkan aksi cukup cemerlang bersama PDRM musim lalu dan menjadi tunjang kekuatan pasukan sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) berlangsung.

Untuk pemain seterusnya, laporan menyatakan penyerang import berbisa mereka pada musim lalu iaitu Bruno Suzuki juga turut akan dikekalkan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri melalui wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi di media sosial X dengan menyatakan rundingan sedang dibuat antara PDRM dan pemain tersebut.

“Selepas kekalkan Fadi Awad & Kyaw Min Oo, PDRM FC dijangka turut menawarkan kontrak lanjutan selama semusim kepada penyerang, Bruno Suzuki. Pengumuman rasmi bakal dikeluarkan dalam tempoh masa terdekat,” jelas kenyataan tersebut.

Secara keseluruhan musim ini menyaksikan Bruno sudah pun mencatat 12 jaringan keseluruhan buat PDRM dalam semua perlawanan dihadapinya bersama pasukan tersebut untuk aksi domestik.

Pemain ini pada asalnya tidak begitu diberi perhatian ramai pada awal musim, sebelum secara tiba-tiba mempamerkan kualiti cukup hebat bersama PDRM dalam setiap aksi dihadapi.

Jika dilihat pada rekod semasa beliau, sudah tentu tiada sebab mengapa PDRM tidak boleh mengekalkan beliau untuk saingan musim hadapan selaku salah seorang penggempur utama mereka.

Selain Bruno, laporan juga turut menyatakan Uche Agba kini turut sedang membuat rundingan baharu untuk turut dikekalkan PDRM pada saingan musim hadapan.

Agba yang merupakan penjaring terbanyak MFL Challenge Cup musim lalu dilaporkan turut diintai beberapa kelab dalam dan luar negara sebelum ini yang mengimpikan sentuhan pemusnah miliknya di hadapan gol.

Jika kedua pemain tersebut dikekalkan, PDRM berkemungkinan akan tampil dengan lebih baik tanpa memikirkan isu persefahaman baharu dalam skuad kerana berjaya mengekalkan tonggak import mereka.

Apapun, berkemungkinan juga pasukan tersebut mungkin akan mengintai peluang untuk mendapatkan seorang atau dua pemain import baharu untuk memberi nilai tambah kepada kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN