Akram Mahinan Individu Paling Layak Isi Posisi ‘DM’ Terengganu Musim Depan?

Pemain tengah berpengaruh, Akram Mahinan sah menyatakan tidak lagi akan bersama Kuala Lumpur City (KL City) untuk saingan pada musim hadapan.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh pemain tersebut dengan Akram mengucapkan selamat tinggal kepada KL City selepas empat tahun menjalinkan kerjasama.

“Alhamdulillah, empat tahun yang terindah bersama KLFC. Secara jujurnya 2023 merupakan tahun yang agak mencabar buat saya dan mungkin lain-lain juga.

“Kita harungi segalanya bersama-sama sebagai rakan sepasukan. Tetapi sedikit pun tidak mematahkan semangat kami sebagai satu pasukan untuk terus memberikan yang terbaik.

“Kita sudah mencipta pelbagai memori indah bersama-sama dan saya mahu mengabadikannya dalam hati ini.

“Tetapi, saya rasa inilah masa untuk saya mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan dan peminat KLFC.

“Terima kasih kepada semua kejurulatihan dan staf KLFC. Tak lupa juga kepada presiden kelab. Semua peminat KLFC yang sentiasa berada di belakang kami. Sedikit sebanyak anda juga penyumbang kepada kejayaan ini. Terima kasih warga kota, InsyaAllah sampai jumpa lagi,” jelas Akram semalam di Instagram.

Sepanjang bersama KL City, Akram telah menjadi antara pemain yang membantu pasukan tersebut kembali menyertai saingan Liga Super pada tahun 2020, memenangi Piala Malaysia 2021, mara ke pusingan akhir kejuaraan AFC 2022, serta final Piala FA 2023.

Malah, Akram juga menjadi salah satu tunjang kekuatan pasukan tersebut sepanjang bawah kendalian Bojan Hodak di posisi tengah bertahan walaupun beliau tampil sedikit suram bagi saingan pada musim lalu.

Akram juga sebenarnya boleh dianggap sebagai salah seorang pemain tengah bertahan tempatan paling berkualiti pernah dilahirkan pada era moden.

Selain memiliki stamina cukup tinggi, Akram juga menjadi antara pemain yang cepat menutup segala ruang cuba dibuka pasukan lawan menerusi terjahan beliau serta tekanan-tekanan tinggi diberikan.

Akram juga merupakan antara pemain yang memiliki kekuatan fizikal cukup baik untuk menghalang mana-mana pemain lawan selain berupaya membuat hantaran-hantaran jauh tepat.

Untuk saingan hadapan, pemain tersebut masih lagi belum diketahui pasukan mana bakal diwakilinya dengan tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

Namun, beberapa laporan di media sosial menyatakan pemain tersebut berkemungkinan besar akan menyertai Terengganu untuk saingan musim depan yang akan bermula beberapa bulan sahaja lagi.

Menyertai Terengganu sebenarnya merupakan satu peluang terbaik buat pemain itu serta kelab tersebut yang masing-masing akan mendapat manfaat tersendiri.

Untuk Akram, beliau dijangka bakal mendapat lebih banyak peluang untuk beraksi di atas padang kerana Terengganu dijangka tidak akan menandatangani ramai pemain import musim hadapan.

Untuk Terengganu, pemain ini mungkin merupakan salah satu perkara paling berbaloi dilakukan mereka jika Akram berada pada prestasi terbaik untuk menjadi jeneral baharu Sang Penyu musim depan.

Pandangan anda, adakah Terengganu akan menandatangani khidmat Akram pada musim hadapan atau beliau bakal sertai kelab lain?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN