Dua pemain bola sepak Ukraine dilaporkan maut baru-baru ini akibat pencerobohan tentera Rusia di negara itu. Salah seorang daripadanya maut ketika berjuang mempertahankan negaranya daripada pencerobohan tentera Rusia.
Russia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangan awal sejak seminggu yang lalu.
Serangan tersebut kini telah meragut banyak nyawa, dan tidak terkecuali turut melibatkan pemain bola sepak.
Dua pemain bola sepak yang dilaporkan terkorban seakibat pencerobohan tersebut setakat ini adalah Vitalii Sapylo (2i tahun) yang merupakan bekas pemain remaja Karpaty Lviv dan Dmytro Martynenko yang beraksi untuk FC Gostomel.
Our thoughts are with the families, friends, and teammates of young Ukrainian footballers Vitalii Sapylo (21) and Dmytro Martynenko (25), football’s first reported losses in this war.
May they both rest in peace. pic.twitter.com/f6l9oHHRMr
— FIFPRO (@FIFPRO) March 1, 2022
Kesatuan Pemain Bola Sepak Profesiona, FIFPRO melahirkan rasa dukacita atas kejadian tersebut.
“Doa kami adalah untuk keluarga, sahabat handai dan rakan sepasukan pemain muda Ukraine Vitalii Sapylo dan Dmytro Martynenko, dua mangsa pertama daripada komuniti bola sepak yang terkorban akibat perang ini. Semoga kedua-duanya tenang di sana,” tulis FIFPro melalui satu ciapan.
Karpaty mengumumkan kematian Sapylo melalui satu kenyataan. “Pada Jumaat. 25 Februari, salah seorang pemain remaja Vitalii Sapylo meninggal dunia berhampiran Kyiv. Salam takziah kepada keluarga mendiang. Ingatan akan kekal untuk hero kami!”
Sapylo melibatkan diri dengan ketenteraan sejak negaranya diceroboh tentera Rusia dan merupakan seorang komander kereta kebal. Sapylo meninggal dunia ketika bertempur dengan askar Rusia ketika mempertahankan Kyiv.
Laporan daripada media Ukraine pula bekata seorang lagi pemain, Martynenko dan ibunya maut selepas kediaman mereka dibom tentera Rusia.