‘Bayangan’ Terlepas Aksi Pertama, Marc Vales Alami Kecederaan Ke-2 Dalam Pra-Musim?

Marc Vales Kedah 2022 kecederaan

Kedah Darul Aman FC mungkin akan beraksi tanpa pertahanan import baharu, Marc Vales untuk aksi pertama Liga Super menentang Sarawak United apabila pemain itu seperti memberi bayangan mengalami kecederaan.

Dalam posting di Instagramnya, Marc Vales mengakui kecewa mengalami kecederaan dan akan segera kembali memperkukuhkan pasukan dalam saingan Liga Super 2022 yang akan membuka tirainya, hujung minggu ini.

Marc Vales mengalami kecederaan dalam perlawanan terakhir pra-musim ketika mereka terikat tanpa jaringan menentang Penang FC di Stadium Darul Aman. Itu merupakan aksi pertama Sang Kenari turun kembali ke Darul Aman dalam pra-musim kali ini dan telah beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri pada 26 Februari lalu.

“Amazing to play my first game in our home and start to feel the support from our fans, great game from the team. Sad for the injury and thankful for all the messages. I will come back stronger.”

Marc Vales

Jika dilihat ini bukanlah kali pertama bek tengah berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan. Sebelum ini, pada pertengahan Februari lalu, dapat dilihat beliau terpaksa berlatih di tepi padang bersama jurulatih kecergasan. Tidak dapat dipastikan sama ada beliau tercedera atau ada masalah kecergasan sehingga telah disisihkan.

Dan beliau langsung tidak turun bermain sepanjang kejohanan pra-musim empat penjuru, SMJ Cup yang juga melibatkan Sarawak United, Kelantan FC dan tuan rumah, Sabah FC, yang mana Kedah muncul sebagai juara.

Dan, kali ini, tampaknya, para penyokong tidak akan dapat melihat lagi aksinya dalam saingan liga. Tidak dapat dipastikan berapa lama beliau bakal berehat kali ini. Tetapi, Kedah tiada masalah turun beraksi tanpanya.

Ini telah pun dibuktikan dalam kejohanan SMJ Cup yang menyaksikan Kedah muncul juara tanpa kelibatnya. Malah, lawan pertama Sang Kenari di saingan liga adalah lawan mereka di Sabah tempohari iaitu Sarawak United. Mereka dengan mudahnya menundukkan skuad Enggang Emas tersebut dengan keputusan 3-0.

Malah, dalam aksi itu, skuad Hijau Kuning juga turun tanpa kelibat Marc Vales. Jadi, ia bukan masalah besar.

Ini bakal menyaksikan gandingan Rodney Calvin dan Jang Suk-won mungkin akan dipertaruhkan sebagai gandingan kesebelasan utama berdepan Sarawak United. Kedah akan turun ke Kuching pada 04 Mac ini untuk aksi pertama Liga Super 2022 dan kemudian akan bertemu juara Piala Malaysia 2021, KL City pada Rabu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN