Kim Pan-gon Turun Padang ‘Skodeng’ Fasiliti Latihan Pasukan Liga M, “Fasiliti Divisyen 8 Jerman” Perlu Gelabah?

Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon lawat fasiliti latihan Selangor FC

Nampaknya pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon tak ‘goyang kaki’ sejak tiba di Malaysia pertengahan Februari lalu apabila dilihat sudah mula menjelajah melawat fasiliti latihan pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Dua pasukan sudah menerima lawatannya iaitu juara Sumbangsih 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan gergasi bola sepak negara, Selangor FC. Ketika beliau memulakan lawatan ke JDT, pelbagai persepsi negatif diberikan.

Malah, barisan kejurulatihan Harimau Malaya turut menyaksikan aksi Sumbangsih antara JDT dan KL City FC.

Sehingga pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilihat memberi respon kepada salah satu posting mengenai lawatan Kim Pan-gon dengan kenyataan, “Dah nama pun tangan ghaib..”

Kim Pan-gon dilihat baru sahaja selesai melawat fasiliti latihan Selangor FC pada 28 Februari lalu. Pengerusi Selangor FC, DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor (RMS) sendiri telah membawa pengendali tersebut melihat fasiliti yang terdapat di Pusat Latihan FAS di Shah Alam.

Ke mana pula destinasi barisan kejurulatihan Harimau Malaya selepas ini? Semua pasukan harus gelabah?

Di Malaysia, hanya JDT dan Selangor miliki fasiliti yang lengkap untuk pasukan. Pasukan lain masih ‘meraba’ dalam gelap walaupun sudah diswastakan. Kedah pula baru memulakan langkah ke arah fasiliti lengkap.

Adakah Kim Pan-gon ingin melihat sendiri kemudahan yang setiap pasukan Liga M sediakan untuk pemain?

Mungkin ini bukan hanya lawatan yang sengaja dilakukannya. Beliau mahu mengenali para pemain, barisan kejurulatihan pasukan serta apa yang pasukan sediakan kepada para pemain terutamanya kemudahan latihan.

Beliau tentunya mahu mewujudkan interaksi awal dan hubungan baik dengan barisan kejurulatihan pasukan. Mungkin ketika lawatannya, beliau turut mendapatkan pandangan pengendali pasukan tentang para pemain mereka – siapa yang paling menyerlah, siapa pemain harapan, pemain muda terbaik dan sebagainya.

Ini kerana, difahamkan oleh pihak JDT, barisan kejurulatihan turut mahu melihat data-data para pemain.

Mungkin ini cara cepat untuk beliau mendapatkan data awal daripada pasukan mengenai para pemain.

Dan beliau turut akan memulakan sesi ‘scouting’ pemain-pemain Liga M sebaik sahaja sepak mula pada 04 Mac ini. Mungkin sesi lawatan beliau ke setiap pasukan akan lebih rancak sebaik sahaja perlawanan liga bermula.

Bagaimana nasib pasukan dengan fasiliti latihan seperti divisyen 8 Jerman? Adakah harus mula gelabah?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN