Dua kelab dari saingan bola sepak Inggeris, Brighton dan Burnley dilaporkan sangat berminat mahu mendapatkan khidmat pemain midfield Liverpool, James Milner.
Kontrak bintang berusia 37 tahun itu bersama Liverpool akan tamat pada penghujung musim ini dengan Jurgen Klopp dilaporkan masih berminat untuk terus mendapatkan khidmat kuda tua Anfield itu.
Walau Klopp berminat mahu terus mendapatkan khidmatnya, namun Liverpool sepertinya masih belum memberikan apa-apa tawaran kepada James Milner sehingga ke hari ini.
🚨 BREAKING: Brighton are preparing a move to sign Liverpool midfielder James Milner as a free agent this summer. #lfc [david ornstein – the athletic] pic.twitter.com/kwq0PSYuk3
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) April 28, 2023
David Ornstein dari The Athletic ada melaporkan yang Brighton kini sedang dalam usaha mereka untuk membawa Milner ke Amex Stadium pada jendela perpindahan musim panas nanti.
“Brighton sudah membincangkan tentang hal itu secara dalaman dan mereka sangat berminat mahu membawa Milner ke Amex Stadium.”
Pasukan yang bakal kembali ke saingan Premier League, Burnley juga dilaporkan sangat berminat mahu mendapatkan khidmat James Milner.
Vincent Kompany yang sebelum ini pernah beraksi bersama Milner merasakan bintang Liverpool itu boleh membantu skuadnya untuk harungi cabaran dalam saingan Premier League musim hadapan.
Walau bagaimanapun, dek kerana mereka masih belum sah beraksi di pentas saingan Premier League, maka Burnley tak dibenarkan untuk berunding dengan mana-mana pemain yang bakal tamat kontrak sehingga berakhirnya musim ini.
Thanks for everything @JamesMilner. Club legend ❤️ #lfc pic.twitter.com/VbwEGc2JiP
— The Kop Watch (@TheKopWatch) April 28, 2023
Jurgen Klopp sendiri sementara itu sangat menggemari Milner dan sepertinya agak sukar untuk beliau melepaskan pemain midfieldnya itu untuk sertai pasukan lain.
Pada Mac lalu, pengurus Liverpool itu memberitahu wartawan bahawa Milner masih mahu bermain di pentas tertinggi dan beliau juga menggambarkan bintang England itu sebagai pemain terpenting dalam skuadnya.
“Kita ada beberapa perancangan berbeza untuk Milly, tapi Milly masih mahu terus bermain.”
Jelas Jurgen Klopp.
“Ketika kamu lihat dia bermain pada malam itu, saya rasa semua orang boleh faham tentang itu. Kami tak boleh nilai dia berdasarkan umur dia. Dia sudah berusia 37 tahun, tapi ketika dia berlatih ia langsung tak nampak seperti itu.”
🚨🔵 De Zerbi's Brighton are currently preparing a move to sign James Milner (37) on a free transfer, reports @David_Ornstein. pic.twitter.com/t5ac6rKkrE
— EuroFoot (@eurofootcom) April 28, 2023
“Dia merupakan pemain yang sangat penting dan dalam perlawanan ini (Wolves) kamu boleh nampak aksi dia atas padang. Ia bukanlah Milly mahu bermain 64 perlawanan semusim, tapi 64 perlawanan semusim itu memperlihatkan yang Milly pemain yang sangat penting.”
“Itu lah keadaannya. Milly dah bermain 600 perlawanan dan kebanyakkannya untuk Liverpool.”
“Bahkan untuk pemain yang ada beberapa kelab boleh berakhir di kelab dia dan saya anggap Liverpool adalah kelab dia dan saya sangat yakin kelab juga sepatutnya guna karakter dia dan pemikiran dia kerana ia sangat istimewa.”
“Di luar mungkin lebih ramai pemain yang fancy tapi tak ada sesiapa yang ada pemikiran yang sama dan itu yang membuatkan dia sangat bernilai untuk kami. Dan ia bukan kerana saya terlalu setia, Itu semua memang fakta.”