Azman Adnan Beri Amaran Kepada Amri Yahyah Supaya Jangan Sakan ‘Nganjing’ Selangor

Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan tampil beri amaran kepada bintang Sabah FC,  Amri Yahyah supaya jangan terlalu sakan untuk menganjing bekas kelabnya itu.

Amri Yahyah cetus sensasi internet selepas beliau meraikan kemenangan pasukan Sabah FC dengan menganjing bekas kelabnya, Selangor FC.

Sabah FC berjaya tewaskan Selangor FC 2-1 dengan Saddil Ramdani dan Baddrol Bakhtiar muncul sebagai penjaring gol untuk pasukan tuan rumah.

Satu-satunya gol Selangor dalam perlawanan ini dijaringkan oleh pemain sensasi mereka, Faisal Halim.

Telah berlaku pelbagai insiden panas dan kontroversi dalam perlawanan ini, baik dari atas padang mahupun di luar padang.

Antara yang paling mencuri tumpuan peminat adalah ketika Amri Yahyah dilihat menganjing Selangor dengan melakukan keraian Siu di hadapan pemain-pemain simpanan Sabah.

Tindakan Amri itu mengundang kemarahan peminat dengan beliau teruk dihentam atas tindakannya itu.

Lupa diri, tak kenang budi dan macam-macam lagi kata-kata kesat yang dilemparkan oleh peminat kepada penyerang veteran itu.

https://twitter.com/effyamrn/status/1651603208014536704?s=20

Bukan hanya peminat, bahkan legenda kelab juga sepertinya tidak gembira dengan tindakan dari Amri Yahyah itu.

Bercakap di studio Astro Arena, Burn, Nizaruddin Yusof, Azman Adnan dan Razman Roslan turut hangat membincangkan tentang hal tersebut.

“Berikan ruang kepada Azman Adnan untuk meluahkan, sebab kita tahu benda yang tengah viral dekat sosial media sekarang ini adalah benda yang melibatkan Amri Yahyah yang meraikan ‘Siu’ di hadapan bench Sabah ketika meraikan kemenangan pasukan Sabah. Kenapa Bang? Citer sikit.”

Jelas Burn memulakan perbicaraan.

Azman Adnan kemudiannya memberi ruang kepada Nizaruddin Yusof untuk memberi pandangan terlebih dahulu, dengan bekas bintang Negeri Sembilan itu menyatakan:

“Ye lah, ramai orang tak puas hati lah, dia anak jati Selangor kan, dia pun dah hujung-hujung permainan dia dalam bola sepak kan jadi macam saya rasa agak tersinggung juga lah cara dia tu.”

Burn kemudiannya mencelah dengan menyatakan:

“Tapi sebenarnya benda ni bukan benda baru kan Azman Adnan, dia pernah buat benda ni kan?”

Soal Burn.

“Sebenarnya sebagai seorang pemain bola sepak eh, kita kena ingat dari mana kita bermula, Amri Yahyah naik bersama dengan pasukan Selangor, ok ?”

Jelas Azman Adnan.

“Kita dapat lihat banyak pemain-pemain di luar negara, bila… contoh, Salah score lawan Roma, score dia angkat tangan aja, support, ini game dah habis, bila dia buat macam tu, macam orang cakap, menganjing lah.”

“Bagi saya, benda ni tak perlu, tak perlu buat, game habis, habis kan.  Jadi sebagai pemain kena lah profesional sikit, kena lah jaga orang cakap adab tu kan, jangan menyinggung perasaan, kerana dia orang Selangor.”

Burn kemudiannya menambah rencah dengan menyatakan:

“Sebab kita tak tahu karier dia selepas ini mungkin dia akan kembali ke Selangor, kita tak tahu, mungkin kalau ada rezki lah kan.”

Azman yang bersetuju dengan kenyataan Burn itu kemudiannya menyambung ucapan beliau dengan menyatakan:

“Itu pasal saya cakap, Selangor yang menaikkan dia, bila dia main, itu biasa, sebagai pemain bola sepak dia akan ahhh bertukar-tukar pasukan, tapi bila bertemu dengan pasukan lama, give some respect sikit lah.”

Razman turut memberikan pendapat beliau berkait insiden tersebut, dengan beliau merasakan Amri sebenarnya sekadar menjadi diri sendiri dan itulah sikap beliau yang sebenarnya.

Beliau merasakan peminat mungkin tersinggung kerana Amri melakukan hal tersebut ketika bertemu bekas kelabnya dan kerana itulah isu tersebut menjadi semakin panas.

Azman Adnan kemudiannya mengakhiri ucapan beliau dengan menyatakan:

“Bagi saya, kalau dia menjaringkan gol, ok kalau dia nak buat kan, tapi game dah habis, kalau dia jaringkan gol saya rasa boleh lah terima juga kan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN