Pada tahun 2006 yang lalu, nama Gianluigi Buffon dijulang oleh warga Itali selepas membantu negara itu menjuarai Piala Dunia dengan menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir.
15 tahun kemudian, takdir menentukan seorang lagi ‘Gianluigi‘ iaitu Gianluigi Donnaruma pula muncul wira apabila menafikan sepakan Bukayo Saka dan Jadon Sancho untuk menghadiahkan kejuaraan Euro 2020 buat skuad Azzurri.
Donnarumma kemudian dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan dan mencipta rekod sebagai penjaga gol pertama dalam sejarah kejuaraan Eropah yang menerima pengiktirafan tersebut.
Peter Schmeichel was retrospectively named Player of the Tournament by UEFA.
Since the award's official introduction in 1996, Gianluigi Donnarumma is the first. pic.twitter.com/Eq8TUU12bN
— Squawka (@Squawka) July 11, 2021
Rekod bersih penentuan penalti
Pada usia 22 tahun 136 hari, Donnarumma muncul penjaga gol ketiga termuda yang membuat membuat penampilan dalam aksi final kejuaraan Eropah.
“Ia malam yang amat luar biasa. Jika saya adalah pemain terbaik kejohanan, saya perlu berterima kasih kepada [Leonardo] Bonucci dan [Giorgio] Chiellini. Meraka sangat menakjubkan.” ujarnya.
🚫 3 clean sheets, 9 saves
😮 Semi-finals penalty shoot-out hero
😱 Final penalty shoot-out heroUEFA's team of Technical Observers have named Italy goalkeeper Gianluigi Donnarumma as their Player of the Tournament 🇮🇹👏#EURO2020 | #ITA pic.twitter.com/HWGnaHLGkK
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 11, 2021
Pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG) itu turut menyelamatkan sepakan penalti dari Alvaro Morata sewaktu Itali menumpaskan Sepanyol dalam penentuan penalti di peringkat separuh akhir.
Sepanjang karier profesionalnya, Donnaruma telah memenangi kesemua lima penantuan penalti yang pernah dihadapinya sama ada bersama kelab mahu pun skuad negara.
Lebih mengujakan lagi, berdasarkan statistik peribadinya, beliau telah menyelamatkan 18 dari 53 penalti (34 peratus kadar kejayaan) sejak membuat penampilan di peringkat senior.
Peratusan itu jauh lebih tinggi berbanding purata penjaga gol profesional lain iaitu di antara 15 hingga 20 peratus sahaja. Malah rekodnya lebih baik berbanding idolanya Buffon yang hanya merekodkan 31 peratus.
Siapa lebih unggul?
Usia pemain kelahiran Castellammare, Stabia itu 21 tahun lebih muda daripada Buffon. Beliau memulakan karier profesionalnya bersama AC Milan pada 2015 dengan menjadi penjaga gol kedua termuda yang membuat penampilan di Serie A pada usia 16 tahun dan 242 hari.
Donnarumma juga telah memecahkan rekod Buffon sebagai penjaga gol termuda yang mewakili Itali di peringkat antrabangsa ketika berumur 17 tahun dan 189 hari.
The Gianluigi Legacy continues 🇮🇹👑🧤 Congratulations to #Italy! 🏆#EURO2020 #Donnarumma #Buffon pic.twitter.com/vTilq6yyEF
— MTS Media (@mtsmedia_) July 11, 2021
Beliau menggantikan penjaga gol veteren itu pada rehat separuh masa sewaktu pasukannya tewas 3-1 kepada Perancis. Sejak itu, beliau telah membuat lebih daripada 30 penampilan di peringkat antarabangsa.
Kemenangan ke atas England tempoh hari melebarkan lagi rekod tanpa kalah Itali kepada 34 perlawanan. Mereka hanya memerlukan dua perlawanan sahaja lagi untuk mengatasi rekod 35 perlawanan yang dipegang oleh Brazil (1993 – 1996) dan Sepanyol (2007 – 2009).
Gianluigi Buffon pula telah mendominasi posisi penjaga gol skuad kebangsaan Itali untuk 20 tahun lamanya bermula pada Oktober 1997 sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk bersara dari pentas antarabangsa pada Mac 2018.
Sepanjang tempoh tersebut, secara dasarnya tidak ada mana-mana penjaga gol lain yang mampu menggugat kedudukannya bersama skuad kebangsaan melainkan beliau ditimpa kecederaan.
Kejayaan menjulang kejuaraan Piala Dunia 2006 telah melengkapkan karier gemilangnya bersama Itali, namun kegagalan membantu negaranya mara ke kejohanan Piala Dunia 2018 yang lalu sedikit mencalarkan rekod baiknya di peringkat antarabangsa.
The football world pays universal tribute to Gianluigi Buffon, after Italy failed to qualify to the 2018 World Cup in his final international game https://t.co/kJJ7d7uVaC pic.twitter.com/Q5PMBX99vw
— DW News (@dwnews) November 14, 2017
Dengan usia yang masih muda, karier Donnarumma masih panjang. Masa akan menentukan sama ada beliau mampu atau tidak untuk mengatasi pencapaian yang pernah diraih oleh penjaga gol legenda Itali itu.
Penutup
Buffon sebelum ini memuji Donnarumma sebagai pemain yang mempunyai kelebihan dan kekuatan dari segi fizikal serta mempunyai teknik dan kebolehan yang baik.
Empat tahun lalu, beliau mengakui pernah memujuk ‘pengganti’nya itu untuk menyertai Juventus, namun akhirnya penjaga gol muda berkenaan memilih untuk terus kekal di San Siro dan kini dilaporkan bakal memulakan cabaran baharu di Paris.
Donnarumma telah memenangi kesemua lima penentuan penalti melibatkan negara dan kelabnya setakat ini.#koppa#gianluigidonnarumma #italy#euro2020 pic.twitter.com/key4BG27bN
— KOPPA (@koppatv) July 12, 2021
Melihat kepada pencapaian Donnarumma ketika ini, nampaknya dominasi ‘Gianluigi’ di gawang gol Itali sejak tahun 1997 bakal berterusan sekurang-kurangnya untuk tempoh sedekad lagi.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
Analisis: Di Mana Silapnya England Dalam Aksi Final Euro 2020?
Kisah Giorgio Chiellini Bermandi Darah Demi Pertahan Maruah Itali Di Wembley
Analisis & “Insight” Taktikal Final Euro 2020 – “Football’s Going To Rome”