Dua Bekas Pemain Negeri Dalam Pertimbangan Terengganu FC

Nafuzi Zain

Dua bekas pemain yang berasal dari Terengganu, Nor Hakim Hassan dan Arif Fadzillah Abu Bakar berkemungkinan akan menyertai skuad Terengganu FC (TFC) pada musim hadapan.

Berdasarkan temubual bersama Bernama, Ketua jurulatih, Nafuzi Zain menjelaskan TFC bersedia menerima kedua-dua pemain berkenaan memandangkan mereka bukanlah asing dalam kalangan peminat bola sepak negeri tersebut kerana pernah beraksi bersama T-Team pada 2017.

Nor Hakim kemudian berhijrah ke pasukan Perak pada musim berikutnya manakala Arif Fadzilah pula menyertai Felda United pada awal musim ini.

Arif Fadzilah yang pernah bermain di bawah kendalian Nafuzi dalam skuad Piala Presiden pada 2016 merupakan tonggak utama T-Team sewaktu pasukan itu bersaing dalam Liga Super di bawah kendalian jurulatih Rahmad Darmawan pada musim 2017.

“Nor Hakim yang bermain di posisi sayap (pasukan Perak) dan Arif (bek kiri Felda United) merupakan pemain tonggak sejak bersama T-Team lagi.

“Jika mereka berminat untuk kembali berkhidmat untuk negeri, saya sentiasa membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai berita yang mengaitkan TFC dengan dua pemain berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah memutuskan untuk tidak menyambung kontrak enam pemain mereka iaitu Adib Aizuddin Ab Latif, Khairul Anwar Shahruddin, Malik Mat Arif, Ahmad Syamim Yahya, Shahrul Aizad Zulkifli dan Khairul Izuan Rosli.

Ekoran kekosongan tersebut, Nafuzi menyerahkan kepada pihak pengurusan tertinggi PBSNT untuk membuat keputusan bagi mengambil dua bekas pemain berkenaan bergantung kepada kemampuan kewangan pasukan.

“Pengalaman mereka dalam kancah liga tempatan amat berharga dan akan menjadi aset bernilai TFC jika (penghijrahan) dapat direalisasikan.

“Setakat ini, tidak ada pengesahan lagi daripada pengurusan, tetapi kehadiran mereka sangat dialu-alukan kerana kedua-duanya pemain berkualiti,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN