Hadin Azman Ucap Selamat Tinggal Kepada Felda United

Pemain tengah, Hadin Azman mengucapkan selamat tinggal kepada Felda United. Perkara itu disahkan melalui satu muat naik yang dikongsi melalui Instagram beliau pada malam tadi.

“Lima tahun yang hebat di FUFC! Hidup umpama roda dan masa saya bersama Felda United sudah berada di pengakhiran,” ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan, jurulatih-jurulatih, kakitangan, rakan sepasukan, penyokong, Felda d’Mania dan setiap individu yang terlibat sepanjang tempoh saya bersama Felda United.

“Semua itu amat berharga buat saya. Selamat maju jaya dan semoga berjaya.”

Hadin Azman menyertai Felda United dari JDT pada 2015. Produk Harimau Muda ini adalah salah satu perkara positif bagi Felda United yang bergelut dari penyingkiran dari Liga Super pada musim ini.

Dilantik selaku kapten pasukan oleh Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil pada musim ini, prestasi Hadin menjadi tumpuan dengan beberapa gol penting buat The Fighters sepanjang kempen Liga Malaysia pada musim ini.

Ia diikuti dengan panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan Harimau Malaya oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe pada Oktober lalu untuk perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ketika menang 3-2 ke atas Indonesia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN