Dua Bekas Jurulatih Indonesia Ramal Garuda Menang 2-0

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum sepak mula perlawanan pembukaan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dimulakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Jakarta.

Ibu kota Jakarta sudah mula dihangatkan dengan kehadiran penyokong dari seluruh pelusuk negara Indonesia yang terdiri daripada 17,508 pulau itu bagi menyaksikan pertembungan di antara dua musuh tradisi di wilayah Nusantara ini.

Berdasarkan rekod rasmi, pertemuan di antara kedua-dua pasukan ini dalam 95 perlawanan melihatkan Indonesia ternyata lebih unggul dengan catatan 39 kemenangan, berbanding 35 kali memihak kepada Malaysia dan 21 perlawanan selebihnya seri.

Bagi memeriahkan suasana, dua orang bekas pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Nil Maizar dan Jacksen F. Tiago masing-masing tidak ketinggalan untuk memberikan ramalan keputusan penuh perlawanan.

Nil Maizar meramalkan dengan menampilkan corak permainan menyerang, skuad Garuda akan menang 2-0 hasil jaringan Alberto Goncalves dan Stafano Lilipaly.

“Tekan mereka di daerah pertahanan lawan dan juga ketika hilang bola juga langsung pressing,” kata beliau kepada wartawan Kompas.

Kredit Foto: Bola Tempo

Ada kemungkinan beliau meletakkan ramalan itu kerana masih tidak dapat melupakan saat pasukan bimbingannya ditewaskan Malaysia semasa kempen Piala AFF Suzuki 2012 juga dengan keputusan 2-0.

Seorang lagi bekas jurulatih Indonesia , Jacksen F. Tiago yang berasal dari Brazil juga meramalkan pasukan tuan rumah akan menang 2-0 tetapi tidak menjelaskan pemain mana yang akan menjaringkan gol.

Kredit Foto: kompas.com

Jurulatih yang pernah membimbing pasukan Pulau Pinang selama dua musim itu menjelaskan, kunci kepada kemenangan adalah kesabaran dan ketenangan semasa bermain di atas padang.

Kerjaya singkat beliau semasa menjadi pengendali Indonesia tidaklah begitu membanggakan setelah gagal membawa Indonesia ke pusingan akhir Piala Asia. Dalam pusingan kelayakan, Indonesia yang diletakkan bersama Arab Saudi, Iraq dan China dalam satu kumpulan hanya mampu meraih satu mata sahaja.

Perlawanan malam ini boleh disaksikan secara langsung di RTM dan Astro bermula jam 8.00 malam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN