Kesungguhan Tinggi dan Kekuatan Mental Kunci Utama Hadapi Indonesia – Soh Chin Aun

Menjelang perlawanan bertemu Indonesia pada malam ini, lagenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan nasihat beliau kepada pemain skuad kebangsaan

Bekas kapten Harimau Malaya itu mahu pemain skuad negara mengekalkan disiplin yang tinggi bukan sehaja sewaktu mengharungi 90 minit masa perlawanan tetapi juga semasa di luar padang.

Dalam satu temubual bersama wartawan Berita Harian, Chin Aun mengatakan kekuatan mental adalah amat penting dalam menghadapi serangan psikologi pemain tuan rumah dan penyokong fanatik mereka.

Menurut beliau lagi, kunci utama bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku adalah kesungguhan yang tinggi dan kekuatan mental.

“Saya percaya jika semua pemain memberi fokus tinggi terhadap tugasan masing-masing, tidak mustahil gerakan lebih efektif mampu diterjemahkan,”

Mengulas mengenai isu keselamatan pemain di Jakarta, Chin Aun mahu setiap pemain tidak terlalu tertekan dengan isu kawalan keselamatan yang tular di media sosial, tetapi fokus untuk membentuk rangkaian agresif yang mantap dalam semua pergerakan permainan.

“Walaupun penonton lebih 100,000 pada masa itu perlawanan berjalan lancar dengan keselamatan diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Apa yang penting pemain harus menggunakan kemahiran yang ada mengikut perencanaan jurulatih bagi menampilkan persembahan berkualiti,” katanya lagi.

Kehebatan Chin Aun yang turut dikenali dengan gelaran Tauke itu satu ketika dahulu tidak boleh dinafikan. Gandingan mantap beliau bersama Datuk Santokh Singh dalam mengemudi barisan pertahanan amat digeruni oleh mana-mana pasukan Asia ketika era 70-an dan 80-an.

Leave a Reply