EVC Dan MFL Hampir Muktamadkan Pakej Hak Penyiaran Liga Malaysia

Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC) semalam mengumumkan proses penilaian tawaran dan pakej pengstrukturan semula hak penyiaran Liga Malaysia musim depan telah lengkap dalam tempoh 60 hari seperti yang telah ditetapkan.

Sejak pelantikan EVC sebagai rakan kongsi kepada MFL pada Julai lalu, kedua-dua pihak telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap setiap tugas yang diberikan dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara proaktif dalam usaha memenuhi tarikh akhir yang diberikan.

Bagaimanapun pengumuman berhubung tawaran dan pakej penyiaran Liga Malaysia berkenaan hanya akan didedahkan kepada umum selepas kertas kerja itu dibentangkan terlebih dahulu kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Ia mengambil sedikit masa memandangkan beberapa Ahli Lembaga Pengarah MFL kini berada di Jakarta untuk memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya dalam aksi pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia.

EVC RAKAN KONGSI BAHARU MFL

Baca lanjut ? https://www.malaysianfootballleague.com/portal/news-details?id=252

#MFL

Posted by Malaysian Football League on Thursday, July 4, 2019

Sejurus daripada itu, pihak MFL dan EVC akan mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan berkaitan tawaran dan pakej pengstrukturan semula hak penyiaran Liga Malaysia.

Ini kerana MFL dan EVC harus mengambil setiap pertimbangan dan saranan daripada semua pemegang taruh iaitu pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia sebelum memuktamadkan sebarang keputusan.

Apa yang pasti, projek mega ini turut melibatkan syarikat korporat dan pertubuhan di dalam dan luar negara di mana EVC telah pun memulakan komunikasi dengan pelbagai pihak termasuk firma modal teroka.

Menerusi penstrukturan semula ini menyaksikan hak penyiaran Liga Malaysia secara terus kepada pengguna khususnya penyokong bola sepak tempatan.

Ini membolehkan penyokong memainkan peranan dalam membantu pasukan apabila bayaran langganan siaran langsung perlawanan akan terus kepada setiap pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN