Quantcast

BERITA

Penyokong Malaysia Di GBK Disambut Hujan Batu Oleh Indonesia

Kira-kira 400 orang penyokong Malaysia yang menyambut cabaran untuk ke Stadium Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta disambut dengan balingan batu oleh penyokong pasukan tuan rumah.

Kejadian dikatakan berlaku di pintu masuk ketika penyokong Malaysia tiba di stadium tersebut, dan sedang menuju masuk ke dalam stadium.

PSSI, Polis Indonesia Beri Jaminan Keselamatan Buat Penyokong Harimau Malaya Ke Jakarta

Persatuan Bolasepak Malaysia…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) onย Tuesday, August 27, 2019

Sebelum ini Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah memberi jaminan keselamatan kepada pasukan dan penyokong Malaysia yang akan bertandang ke Jakarta untuk aksi pembukaan Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 5 September ini.

Malah dalam pertemuan kedua dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Jakarta pada 27 Ogos lalu, tuan rumah berkata, ribuan anggota keselamatan akan dikerah mengawal Stadium Utama Bung Karno sepanjang perlawanan berlangsung.

Melalui perkongsian di Twitter oleh salah salah seorang penyokong yang ke GBK, telah menggambarkan keadaan sedikit huru hara apabila ketibaan mereka disambut oleh balingan batu.

Untuk pengesahan lanjut, kami turut menghubungi Coach Shazwan Wong yang turut serta dalam rombongan tersebut melalui aplikasi Whas App, dan beliau turut mengesahkan kejadian balingan batu itu telah terjadi.

Apa-apa pun kami mendoakan agar tiada kejadian lebih buruk berlaku dan sudah pasti berharap PPSI mengotakan janji mereka sebelum ini mengenai hal keselamatan.