Dortmund Sahkan Sancho Ke Man Utd, Fokus Solskjaer Kini Beralih Ke Real Madrid

Tatkala berita mengenai Jadon Sancho belum lagi reda, Manchester United tidak banyak membuang masa untuk memperkuatkan barisan pertahanan pasukan apabila kini mengalihkan perhatian mereka ke Real Madrid untuk Raphael Varane.

Sumber dari wartawan bola sepak mengesahkan Sancho sah menajadi milik Red Devils mulai saingan musim hadapan dengan kontrak selama lima tahun.

Malah kedua-dua kelab dilaporkan telah menyelesaikan segala proses dokumentasi untuk Sancho ke Old Trafford sebelum pengumuman rasmi dan medikal dilakuka kemudian selepas komitmen pemain itu bersama England di Euro 2020 tamat.

Sancho sah menyertai Manchester United apabila Man Utd akhirnya mencapai persetujuan untuk membayar £73 juta kepada Dortmund untuk pemain sayap berusia 21 tahun itu.

Selain posisi sayap kanan, Man Utd turut dilaporkan memburu seorang pemain pertahanan tengah untuk digandingkan bersama Harry Maguire di jendela perpindahan musim panas ini.

Untuk itu, pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane dilihat sebagai pemain yang mempunyai profil yang dikehendaki.

Man Utd percaya Madrid kini sanggup melakukan rundingan untuk Varane yang memiliki baki kontrak selama setahun sahaja lagi. Malah United juga yakin mereka mampu mendapatkan pemain pertahanan itu serendah £43 juta.

Real Madrid sebelum ini meletakkan pemain itu pada nilai £60 juta. Nilai tersebut sebelum ini ditolak oleh United, namun disebabkan keadaan kewangan yang teruk akibat pandemik, Los Blancos dilaporkan sanggup mendengar nilai tawaran yang lebih rendah, sekaligus mendapatkan kewangan untuk membantu Carlo Ancelotti mendapatkan pemain yang jurulatih itu mahukan.

Ketibaan David Alaba dari Bayern Munich secara percuma pada musim panas ini juga dilihat sebagai pengganti sekiranya Varane meninggalkan Madrid.

Pemain pertahanan dari Austria itu beraksi selama 12 tahun di Jerman dan pengalaman yang dimiliki Alaba sudah cukup untuk meyakinkan hierarki di Madrid untuk melepaskan Varane ke Old Trafford.

Selepas Sergio Ramos turut mengumumkan perpisahan dengan Real Madrid, Ancelotti masin mempunyai pilihan seperti Eder Militao dan Nacho di dalam skuad utama untuk mengisi pertahanan tengah pasukan.

Varane pada minggu lalu menolak tawaran kontrak baharu dari Real Madrid, dan meluahkan rasa tidak gembira beliau melihat Real sanggup duduk berbincang dengan pemain lain seperti Luka Modric, Lucas Vazquez dan Ramos sebelum melakukannya dengan beliau.

Paris Saint-Germain dikatakan turut berminat dengan pemain itu, namun Varane dikatakan masih mahu beraksi di luar Perancis dengan England sebagai destinasi pilihan seterusnya.

Sejak menyertai Real Madrid, Varane telah membantu kelab itu menjuarai tiga kejuaraan La Liga, empat gelaran Champions League, dan empat kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA.

Musim lalu pemain pertahanan itu tampil dalam 41 perlawanan dalam semua pertandingan untuk membantu Real muncul naib juara La Liga, selain separuh akhir Champions League.

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak eropah:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Raphael Varane Mahu Cari Cabaran Baharu Di Tempat Lain

Formula Croatia Bangunkan Bola Sepak Berpaksikan Kesungguhan Dan Kekentalan

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN