Pengurus Hungary Selamba Troll Mbappe, Ronaldo & Neuer Di Instagram

Pengurus dan jurulatih skuad kebangsaan Hungary, Marco Rossi dengan selambanya mempersendakan kapten Portugal Cristiano Ronaldo; penyerang Perancis, Kylian Mbappe; dan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer melalui laman instagram beliau.

Ketiga-tiga pasukan yang diwakili oleh tiga pemain itu turut berada di dalam Kumpulan F bersama Hungary sebelum ini, dan dilabel sebagai kumpulan maut oleh pemerhati bola sepak sebelum Euro 2020.

Hungary yang dibimbing Rossi hanya mampu menamatkan saingan di tangga tercorot Kumpulan F, walaupun berjaya mencatatkan keputusan seri menentang pasukan yang dianggap elit seperti Jerman dan Perancis. Hungary bagaimanapun tewas 3-0 dalam perlawanan pertama dengan Ronaldo menjaringkan dua gol pada lewat permainan.

Ketika tewas kepada Portugal, Rossi meluahkan rasa tidak puas hati dengan cara Ronaldo meraikan jaringannya yang dianggap keterlaluan.

“Ronaldo adalah sang juara yang hebat, tetapi ada masanya karenah beliau [meraikan gol] menjengkelkan. Selepas menyempurnakan sepakan penalti menentang kami, beliau meraikan ia seperti di perlawanan akhir. Semua orang dapat melihat perkara ini,” ujar Rossi sebelum ini.

Dan pengurus Hungary dari Itali berusia 56 tahun itu nyata tidak berhenti di situ dengan komennya mengeanai Ronaldo. Kali ini ia turut melibatkan bintang dunia dari pasukan lain yang berada sama di dalam Kumpulan F.

Komen berikutnya daripada Rossi tiba selepas Perancis, Portugal dan Jerman disingkirkan oleh lawan masing-masing di pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2020.

Rossi dengan sengaja memuat gambar dirinya bersama tiga pemain itu dengan pemandangan percutian di pantai. Malah Ronaldo, Mbappe dan Neuer dilihat mengheret beg bagasi masing-masing sebagai tanda ketihga-tiganya sudah pulang awal dari Euro 2020 untuk bercuti bersama beliau di pantai.

Muat naik tersebut turut disertai dengan kata-kata: “Jumpa anda semua di pantai!” Bekas bintang Sampdoria itu turut memastikan muat naik tersebut diletakkan lokasi “di tepian pantai” untuk menambah garam kelukaan Perancis, Portugal dan Jerman yang tersingkir awal di pusingan kalah mati.

Euro 2020 dianggap sebagai salah sebuah kejohanan paling kompetitif sejak beberapa tahun lalu selepas beberapa pasukan elit seperti Portugal, Jerman, Perancis dan Belanda tewas kepada pasukan yang dianggap kerdil.

Ia juga pentas pasukan bukan pilihan seperti Ukraine, Denmark dan Republik Czech mencipta nama apabila masing-masing mara ke suku akhir kejohanan.

 

Baca arikel menarik lain mengenai Euro 2020:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

‘Sikit Pun Tak Goyang’ – Shevchenko Optimis Ukraine Mampu Humban England

3 Punca Jerman Pulang Awal Dari Euro 2020

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN