Liverpool dipercayai sedang mendahului kelab-kelab Eropah lain dalam perlumbaan untuk mendapatkan penyerang muda PSV Eindhoven, Donyell Malen yang dijangka meninggalkan Stadium Philips pada penghujung musim ini.
Pemain kebangsaan Belanda itu merupakan salah seorang penggempur terbaik di saingan Eridivisie musim ini dengan merekodkan 17 gol dalam 28 perlawanan bagi membantu pasukannya berada di kedudukan kedua liga.
Prestasi cemerlangnya telah menarik perhatian beberapa kelab ternama seperti AC Milan, Barcelona dan Juventus, namun Liverpool dijangka menjadi pilihan utama untuk mendapatkan penyerang berusia 22 tahun berkenaan.
👀 | Liverpool are at the front of the queue to sign PSV’s Donyell Malen this summer.
[Voetbal International] pic.twitter.com/rss6ngtJG6
— The Anfield Buzz (@TheAnfieldBuzz) April 23, 2021
PSV dijangka tiada halangan untuk melepaskan seorang lagi bintangnya dengan syarat tag harga £25 juta yang diletak pada Malen mampu dipenuhi oleh pasukan yang mahu memancingnya.
Nilai tersebut dijangka tiada masalah buat Liverpool yang jelas memerlukan seorang penyerang baharu bagi memperbaiki jentera serangannya yang agak ‘berkarat’ pada musim ini.
Jurgen Klopp tentunya tidak lagi mampu untuk terus bergantung dengan trio yang sama. Hanya Mohamed Salah sahaja yang masih konsisten mengumpul jaringan pada musim ini, sementara Sadio Mane dan Roberto Firmino pula semakin hilang taringnya.
Divock Origi dan Xherdan Shaqiri pula dijangka bakal mengangkat kaki sebaik sahaja musim ini berakhir setelah gagal menempatkan diri mereka dalam kesebelasan utama walaupun telah bertahun-tahun berkelana di Anfield.
7th May: Liverpool 4-0 Barcelona
Yesterday: Liverpool 5-2 EvertonShaqiri, Origi and Mane when they start together 🔥
Who needs Salah and Firmino? 😏 pic.twitter.com/ZSTTtqANOQ
— GOAL (@goal) December 5, 2019
Begitu juga dengan Takumi Minanimo yang sedang dipinjamkan ke Southampton pada Januari lalu yang tidak menemui keserasian sejak tiba dari RB Salzburg.
Dalam pada itu, terdapat laporan yang mengatakan Liverpool telah pun mencapai persetujuan bersama RB Leipzig untuk mengaktifkan klausa pelepasan pemain pertahanan Ibrahima Konate untuk menjadikannya pembelian pertama Liverpool pada musim panas nanti.
Fabrizio Romano mendedahkan pemain pertahanan Perancis berusia 21 tahun itu bakal diberikan kontrak selama lima tahun apabila mendarat di Anfield kelak.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1385650154456469506?s=20
Ketiadaan Virgil van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan jangka masa penjang jelas memberikan masalah besar buat Liverpool yang bergelut sepanjang musim ini.
Untuk penyelesaian jangka pendek, Klopp mendapatkan pemain muda Turki, Ozan Kabak secara pinjaman dari Schalke.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:
5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool
Kenali Daniel Ek, Pemilik Spotify Yang Berminat Beli Arsenal
Ryan Giggs ‘Kantoi’ Cabul Wanita, Bakal Terlepas Kendali Wales Di EURO 2020