Dominic Matteo: Liverpool Perlu Dapatkan Pemain Tengah & Penyerang

Dominic Matteo

Bekas pertahanan Liverpool, Dominic Matteo menegaskan bahawa kelab tersebut perlu untuk memperkuatkan jentera tengah dan serangan bagi menghadapi saingan musim baharu yang bakal bermula September nanti.

Gelaran Liga Perdana Inggeris yang dikecapi buat pertama kali pastinya mahu dikekalkan oleh skuad bimbingan Jurgen Klopp itu dalam meneruskan rentetan kecemerlangan dilakarkan oleh The Reds pada ketika ini.

Sehubungan dengan itu, Matteo yang pernah beraksi bersama kelab Merseyside itu selama enam musim melihat Liverpool sewajarnya mencari seorang pemain tengah kreatif dan juga seorang penyerang berkualiti bagi memantapkan pasukan.

Trio Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino yang telah terbukti keberkesanan gandingan ini sememangnya merupakan sandaran utama buat Klopp tetapi Matteo merasakan Liverpool masih memerlukan muka baharu.

”Ya [mereka memerlukan pemain baharu]. Saya merasakan semua kelab gemar untuk mencari muka baharu tetapi dengan Jurgen Klopp, ia mesti menjadi pemain yang tepat dengan ciri-ciri yang betul,”

”Apabila anda bermain dengan kelab seperti Liverpool, anda perlu untuk mempunyai cara tertentu untuk bermain, cara tertentu untuk menjalani hidup anda,” ujar Matteo menurut laporan Goal.

”Terdapat banyak tekanan apabila bermain bersama kelab seperti Liverpool dan saya telah melihat pemain datang ke Liverpool dan mereka tidak mampu mencapai tahap ketinggian yang orang ramai harapkan terhadapnya.”

”Jadi, anda perlu mempunyai karakter sebenar untuk bermain bersama Liverpool dan amat bertuah buat Liverpool mereka mempunyai ramai pemimpin di sekitar kelab itu.”

”Saya rasa mereka akan memperkuatkan pasukan. Saya tidak pasti siapa [yang akan dibawa masuk] tetapi mungkin seorang lagi penyerang dan mungkin seorang pemain tengah.”

”Mereka mempunyai begitu banyak pilihan, mereka tidak perlu untuk terlalu memperkuatkan pasukan kerana sudah mempunyai begitu ramai pemain dalam skuad,” tambah Dominic Matteo lagi.

Kredit featured image: Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN