Dollah Salleh & Khairulazhan Khalid Antara Mangsa Banjir Di Pahang

Dollah Salleh

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir yang melanda Kuantan, baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku ketika beliau yang ingin pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan berdekatan Sungai Soi, Kuantan di mana paras air secara tiba-tiba semakin naik memaksa beliau dan seorang rakannya keluar daripada kereta yang dipandunya.

Meskipun kereta yang dipandunya rosak teruk kerana dinaiki air namun beliau tetap bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri dalam insiden itu.

“Saya sebenarnya dari Lanjut bersama rakan dan ingin pulang sekitar dalam jam pukul 5 petang, jadi pada mulanya saya redah sahaja jalan di Tanjung Lumpur.”

“Laluan kedua pula berdekatan Sungai Soi, laluan simpang ke arah Pekan yang pada mulanya nampak macam tiada apa-apa, jadi saya meneruskan perjalanan macam biasa.”

“Tetapi tidak sangka makin lama makin dalam air sehingga sudah memasuki kereta, dan kami tidak dapat berbuat apa-apa langsung selepas itu, nasib baik ada orang awam lain yang datang membantu.”

“Saya duduk situ daripada jam 6 petang hingga 11 malam baru ada orang datang tunda kereta, dan saya boleh cakap kereta memang musnah sepenuhnya,” jelasnya.

Selain itu, antara yang turut sama terkesan dengan kejadian banjir adalah keluarga penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid selepas rumahnya di Kuantan dinaiki air sejak dua hari lalu.

Pemain berusia 32 tahun ini yang berada di Singapura bersama skuad kebangsaan mengakui hatinya tidak tenteram tatkala situasi banjir yang kian membimbangkan tempoh hari apatah lagi berada jauh daripada keluarga.

Namun, perkhabaran terkini daripada adik beradik memberi sedikit kelegaan selepas kesemua ahli keluarga termasuk ibunya telah pun berpindah ke tempat yang lebih selamat dan paras air juga sudah mulai surut.

“Memang rasa tidak senang hati bila fikir keadaan mereka dekat Kuantan, dan saya pula jauh , jadi hanya menunggu perkhabaran daripada adik-beradik sahaja untuk tahu apa yang berlaku.”

“Alhamdulillah semua dalam keadaan baik, dan sekarang semua tengah bergotong royong membersihkan rumah, tiada barang berharga yang musnah, cuma motosikal yang saya tumpangkan di rumah kawan di Kuala Lumpur pula tenggelam.”

“Rasanya bulan ini penuh dugaan dengan saya positif Covid-19 sebelum ini dan dengan ditimpa bencana seperti ini pula, tapi Alhamdulillah semuanya beransur pulih,” katanya.

Terdahulu, kejadian banjir teruk telah menimpa beberapa kawasan termasuk di Shah Alam dan Kuantan sejak beberapa hari lalu sehingga memusnahkan kediaman dan harta benda.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN