Tenaga Muda Menghiasi Persiapan Kedah Darul Aman Musim Depan

Dalam rancak pasukan Kedah Darul Aman melakukan persiapan pra-musim, mereka juga tidak lupa untuk meneruskan tradisi dengan memberi kepercayaan buat pemain muda untuk menyerlah.

Pada musim hadapan, Kedah telah menandatangani lima tenaga muda untuk menguatkan pasukan selain memberi pendedahan sebagai pelapis baharu.

Afeeq Ikmal selaku penyerang, Fikhri Zulkiflee yang beraksi sebagai pemain tengah serta Kamil Akmal, Heshamudin Ahmad, dan Fareez Amirul Fadzil yang beraksi di posisi pertahanan.

Dengan suntikan tambahan tersebut, Kedah dijangka dapat meningkatkan lagi mutu permainan mereka dengan tenaga baharu yang diperkenalkan di laman sosial media rasmi mereka baru-baru ini.

Penyertaan lima pemain muda ini dilihat sebagai peluang terbaik buat mereka untuk menonjolkan diri dalam Liga Malaysia selain membuktikan mereka layak beraksi bersama Kedah seperti yang dijelaskan jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak.

Aidil juga sudah melihat sendiri kesungguhan mereka dan mengakui bakat pemain muda ini selain yakin mereka akan terus berusaha pada musim hadapan untuk membuktikan sesuatu.

Tambah beliau, apa yang pemain-pemain muda ini perlukan hanya bersedia dari sudut fizikal dan mental untuk menghadapi cabaran musim hadapan.

Nasihat Aidil juga kepada pemain muda ini dalam mengejar diri selaku pemain profesional, tiada jalan mudah yang dapat diatasi melainkan usaha yang berterusan di samping semangat yang tinggi.

Sumber:

Leave a Reply