Wan Jamak Hanya Bagi 3.5 Bintang Sahaja Untuk Prestasi Harimau Malaya

Wan Jamak Wan Hassan

Jurulatih berpengalaman negara, Wan Jamak Wan Hassan menyifatkan aksi skuad negara baru-baru ini dalam saingan Piala AFF sebagai lesu dan memberi 3.5 bintang sahaja secara keseluruhan.

Selaku bekas pengendali skuad kebangsaan, beliau mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) cepat mencari jalan penyelesaian agar Malaysia kembali bangkit dalam bola sepak.

Wan Jamak juga tidak ingin Harimau Malaya menjadi pasukan belasahan pada suatu hari nanti terutama di peringkat Asia Tenggara.

Jelas beliau, tindakan pantas perlu diambil oleh pihak pengurusan kerana mereka lebih mengetahui cara bagaimana nak membangkitkan kembali skuad negara daripada malap.

Wan Jamak juga menganggap perbezaan kualiti individu pemain Malaysia jika hendak dibandingkan pemain Vietnam dan Indonesia agak jauh jurangnya sepanjang kempen Piala AFF 2020 berlangsung.

Beliau berkata pemain negara tidak begitu berani memegang bola dengan lama serta membuat larian-larian di celah pemain.

Berbanding lawan, Wan Jamak melihat pemain Indonesia dan Vietnam lebih berani serta yakin mengawal bola dengan baik selain gemar menggunakan skil individu yang bagus.

Beliau juga menafikan untuk mempertahan Tan Cheng Hoe hanya kerana mereka rakan sejawat. Ini kerana Wan Jamak merasakan tidak sesuai untuk menuding jari ke sesiapa tetapi menunggu sahaja dulu laporan skuad kebangsaan.

Sumber:

Leave a Reply