Aksi unifi Piala Malaysia malam ini sememangnya menarik kerana saingan suku akhir menyaksikan dua pasukan utama negara bertemu sesama sendiri.
Pahang dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu sesama sendiri dalam usaha kedua-dua pasukan mencari tempat di suku akhir.
Di kem Pahang, jurulatih pasukan tersebut iaitu Dollah Salleh mengakui menghadapi kesukaran untuk memilih kesebelasan utama untuk perlawanan malam ini.
Menurut laman Berita Harian, para pemain beliau jelas menunjukkan etika kerja yang cukup baik ketika latihan untuk meraih tempat dalam perlawanan ini.
Skuad Pahang ketika dilimpahi dengan kenikmatan yang cukup hebat kerana tiada satu pun pemain yang cedera dan kesemua pemain berada dalam aksi yang terbaik.
“Para pemain dari skuad kedua juga telah menampilkan hasil kerja yang cukup baik terutamanya dalam kemenangan menentang Sabah tempoh hari.”
Disebalik nikmat yang ada pada Pahang ketika ini, Dollah mengakui pasukannya perlu berkerja keras dalam usaha mendapatkan kemenangan di Stadium Darul Makmur malam ini.
“Apa yang perlu ketika ini adalah pasukan Pahang memperoleh kemenangan selesa di Darul Makmur sebelum kami pergi ke Larkin.”
Dollah amat berharap sokongan dari penyokong Pahang pada malam ini dapat memberikan tenaga tambahan buat mereka dalam perlawanan ini.
“Dengan sokongan dari penyokong Pahang, kami berharap kemenangan akan menjadi milik kami dalam usaha mendapat tempat di perlawanan akhir.”