Matic Bantu Anak Kecil Hadapi Kanser Neuroblastoma Dengan Tanggung Kos Pembedahan

Semua orang menghadapi waktu sukar mereka dalam kehidupan mereka.

Ada yang diuji dengan kemiskinan, sakit atau pun rasa tidak bahagia dalam hidup mereka.

Namun bagi kanak-kanak bernama Dusan Todorovic, beliau jelas hadapi waktu sukar pada usia yang cukup muda.

Menurut laman Nsuzivo, Todorovic menghadapi ujian berat apabila menghidap penyakit kanser neuroblastoma sejak 2016.

Menurut doktor, Todorovic tidak punya masa yang cukup lama untuk hidup lagi dan pembedahan perlu dilakukan untuk menyelamatkan beliau.

View this post on Instagram

POMOZIMO DUŠANU TODOROVIĆU Dušan Todorović rođen je 21.06.2014. godine u Beogradu. Prvi simptomi bolesti su uočeni krajem 2016. godine, kad je analizom krvne slike primećen pad hemoglobina. Pedijatar u Domu zdravlja u Svilajncu je napipao u trbuhu deteta strano telo, nakon čega je dao uput u Beograd. Prilikom kasnijih analiza, Dušanu je dijagnostifikovan tumor – neoblasma. Nakon izvršene biopsije, pristupilo se hemoterapiji u Beogradu, koja je rezultirala smanjenjem tumora do operativne veličine. Prva operativna intervencija je realizovana u eksperimentalnoj klinici „Sent Jude“ u Memfisu (SAD). Posle operacije, postupak lečenja se nastavio u Srbiji, gde je urađena transplantacija koštane srži na Institutu za majku i dete u Beogradu i sprovedene hemoterapije. Usled pojave recidiva, Dušan hitno mora da ide u kliniku „Sant Joan de Deu“ u Barseloni na dodatno dijagnostifikovanje, testiranje i analizu krvi i dva ciklusa hemoterapija i imunoterapiju. On je životno ugrožen i ovaj tretman mu je od posebne važnosti u cilju spasavanja njegovog života. Cena ovog tretmana je 191.312,81EUR. Pomozimo Dušanu Todoroviću slanjem SMS poruke (potrebno je uneti proizvoljni karakter) na 5757 (100 dinara) i uplatama na dinarski račun: 205-999-98 i devizni račun 0070800039876 otvoren kod Komercijalne banke. #podrzizivot #fondacijapodrzizivot #5757 #smsna5757 #humanitarnaakcija #dusantodorovic

A post shared by Fondacija Podrži život (@podrzizivot) on

Lalu muncul Nemanja Matic, pemain Manchester United yang tampil memberikan bantuan kepada keluarga Todorovic untuk melakukan pembedahan.

Matic mengamil keputusan untuk menanggung kos rawatan Todorovic yang bernilai €70 ribu dan ianya satu nilai yang cukup besar buat keluarga kanak-kanak itu.

Sebelum ini, identiti penderma itu menjadi misteri namun tidak lama kemudian ianya telah terdedah dengan Matic merupakan pendermanya.

BURNLEY, ENGLAND – SEPTEMBER 02: Nemanja Matic of Manchester United during the Premier League match between Burnley FC and Manchester United at Turf Moor on September 2, 2018 in Burnley, United Kingdom. (Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Todorovic perlu terbang ke Sepanyol untuk melakukan pembedahan pada hari Isnin yang merupakan pembedahan kedua dijalani oleh kanak-kanak itu.

Sebelum ini, satu pembedahan telah pun dilakukan namun penyakit itu kembali pada bulan Julai yang lalu.

Situasi ini telah mengajak ramai pihak untuk bersatu membantu kanak-kanak itu.

Selain Matic, kerajaan Serbia serta para peminat serta pemain bola sepak kelab Zvezda dan Partizan di Serbia telah bersatu mengumpul dana untuk Todorovic.

Kanser neuroblastoma merupakan sejenis penyakit yang sering menyerang kanak-kanak dengan ianya akan bertindak dengan menyerang kepada sel-sel yang tidak matang atau yang sedang membangun di dalam badan.

Penulis berharap Todorovic akan berjaya sembuh. Teruskan berjuang!

Leave a Reply