Pogba, Bale Antara 5 Pemain Bola Sepak Dengan Pendapatan Tertinggi Pada 2018

Pada hari ini pemain bola sepak dibayar sehingga jutaan dollar setahun. Di Malaysia sahaja ramai pemain tempatan menerima gaji ratusan ribu dalam semusim.

Bola sepak memang satu perniagaan yang menguntungkan. Laporan FIFA menyatakan yang Piala Dunia 2014 ditonton 186 juta audien seluruh dunia.

Sebagai perbandingan, Sukan Olimpik Rio hanya disaksikan sekitar 27.5 juta penonton.

Angka itu dijangka meningkat pada Piala Dunia 2018.

Berikut adalah 5 senarai pemain bola sepak dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2018 berdasarkan laporan Forbes. Pendapatan ini merangkumi pendapatan hasil gaji dan juga hak imej.

Jadi anda jangan terkejut jika tiada pemain CSL dalam senarai. Kerana mereka hanya tinggi gaji tetapi kurang hak iklan.

1. Lionel Messi – $111 juta

BARCELONA, SPAIN – MAY 06: Lionel Messi of FC Barcelona shoots towards goal during the La Liga match between Barcelona and Real Madrid at Camp Nou on May 6, 2018 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Kontrak baharu Messi yang beliau tandatangani pada November 2017 membolehkan beliau menjadi pemain dengan pendapatan tertinggi di dunia.

Beliau menjana $111 juta hasil daripada $84 juta daripada gaji dan $27 juta daripada hak imej (iklan).

Ini menjadikan beliau atlet kedua berpendapatan paling tinggi pada 2018, selepas Floyd Mayweather.

2. Cristiano Ronaldo – $108 juta

Cristiano Ronaldo meminta kontrak yang sama dengan Lionel Messi daripada Real Madrid. Namun kelab itu sukar menunaikannya kerana mengambil kira faktor usia beliau.

Juventus datang dengan tawaran kontrak lumayan untuk Ronaldo menamatkan karier beliau dengan gaji yang tinggi.

Ronaldo kini dilaporkan mendapat $36 juta setahun daripada gaji di Juventus. Namun hak imej beliau sangat tinggi membolehkan beliau mendapat $108 juta untuk tahun ini.

3. Neymar Jr. – $90 juta

Neymar da Silva Santos Júnior berada di tanga ke-3 pemain paling tinggi pendapatan tahun ini. Beliau mendapat gaji $73 juta setahun. Dan ada $17 juta daripada hak imej.

Neymar dijangka akan semakin meningkat dari segi kuasa hak imej kerana beliau masih muda dan menjadi bintang global.

Neymar menjadi pemain bola sepak pertama memakai kasut Air Jordan yang ditempa khas oleh Swoosh.

4. Gareth Bale – $35 juta

Di tempat ke-4 adalah Gareth Bale yang menjana pendapatan $35 juta setahun. Namun pemain ini tidak memiliki hak imej yang tinggi.

Beliau mendapat gaji $28.6 juta di Real Madrid dan hanya ada sekitar $6 juta daripada hak imej.

5. Paul Pogba – $30 juta

Paul Pogba adalah pemain ke-5 berpendapatan paling tinggi di dunia. Beliau mendapat gaji $25 juta setahun di Man. United.

Namun Pogba hanya ada $5 juta pendapatan daripada hak imej. Ejen beliau dikatakan mendesak Man. United menggandakan gaji Pogba yang dianggap Raiola sebagai pemain terbaik di Man. United ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN