Dollah Salleh Berpuas Hati Dengan Prestasi Skuad Tok Gajah Selepas Rehat Panjang

Kejayaan Pahang menewaskan FELDA United, 3-1 semalam bukan sahaja menghadiahkan tiga mata penting tetapi turut melonjakkan kedudukan pasukan itu di tangga teratas Liga Super dan terikat 17 mata bersama juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebelum ini, pengendali skuad tok gajah, Dollah Salleh meluahkan kebimbangan beliau mengenai prestasi anak buahnya ekoran tiada perlawanan persahabatan sepanjang tempoh tiga minggu Liga Malaysia direhatkan kerana kekurangan pemain yang dilepaskan ke skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, aksi semalam ternyata melegakan Dollah apabila anak buahnya berjaya meneruskan rentak kemenangan dan tidak mempunyai masalah untuk mengembalikan prestasi terbaik mereka.

“Saya khuatir jika kita tidak mendapat rentak kerana tiada sebarang perlawanan persahabatan dalam tempoh liga bercuti ini, namun Alhamdulillah rentak perlawanan kita tidak hilang walaupun tanpa tiga tonggak utama, rentak permainan masih boleh dikekalkan.

“Saya sangat berpuas hati dan tahniah kepada semua pemain yang memastikan tiga mata penuh,” katanya dalam Sinar Harian.

FOTO: Pahang FA

Selepas mendahului lawan pada penghujung babak pertama melalui Norshahrul Idlan Talaha, tuan rumah menyamakan kedudukan melalui Thiago Junio de Aquino, tiga minit selepas separuh masa kedua bermula.

Kebangkitan Pahang bermula selepas Ze Eduardo menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-63 dan gol ketiga dijaringkan melalui gerakan menarik jentera tengah yang disudahkan oleh Faisal Abdul Halim pada minit ke-90.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Dollah berharap anak buahnya terus konsisten jika mahu memecahkan dominasi JDT dalam saingan Liga Super musim ini.

“Kemenangan ini juga meletakkan skuad Tok Gajah pada prestasi terbaik untuk mengukuhkan kedudukan di tahkta liga,” ujarnya.

FOTO: Pahang FA

Sementara itu, pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil ternyata kecewa kerana kelab itu gagal untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata.

Katanya, biarpun skuad itu berjaya menyamakan kedudukan 1-1, kealpaan pemain untuk mengekang asakan lawan menafikan keputusan positif buat kelab itu.

“Sebaik ketinggalan 2-1, kita berusaha untuk memberikan tentangan tetapi ia tidak mampu dilakukan sehingga tamat perlawanan,” kata Nidzam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN