Melaka United Berdepan Isu Kecederaan Pemain Dan Ketumpulan Penyudah

Keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, kelmarin bukanlah sesuatu yang perlu dipandang ringan oleh pengendali skuad Melaka United, Zainal Abidin Hassan apabila beliau menyedari pemainnya gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang.

Namun begitu, beliau tidak menafikan aksi yang dipamerkan anak-anak buahnya telah menunjukkan peningkatan berbanding perlawanan sebelum ini.

“Apa yang pasti pujian wajar diberikan kepada mereka kerana berjaya memastikan gawang kami tidak dibolosi pada perlawanan ini dan mereka telah menunjukkan kesungguhan dalam mencari gol.

“Malangnya beberapa peluang yang kita peroleh dipersia-siakan. Sebenarnya ini yang penting jika kita sudah bertahan dengan baik tetapi bila kita tidak dapat ambil peluang itu dengan baik, itu yang menyebabkan kita sedikit kecewa,” jelasnya dalam Sinar Harian.

FOTO: MUSA

Selain Liridon Krasniqi yang berehat panjang sejak awal bulan lalu, dua tonggak Melaka United, Ramzi Haziq Mohamad dan Darko Markovic dilaporkan masih dibelenggu masalah kecederaan dan Zainal tidak mahu kehilangan lebih ramai pemain kerana boleh merencatkan perancangan pasukan.

“Kecederaan dialami Ramzi dan Darko agak serius, namun kami akan biarkan pihak perubatan melakukan pemeriksaan dan menentukan kedudukan mereka, namun kami berharap mereka cepat pulih dan kembali kepada pasukan.

“Saya berharap barisan pemain lebih bersedia dan menyesuaikan diri dengan kesebelasan utama selain perlu melipatgandakan usaha kerana satu pasukan akan tersingkir pada Rabu depan dan jika kami mensia-siakannya, ia merugikan pasukan,” katanya.

Melaka United dijadualkan berdepan PKNS FC dalam pusingan kedua Shopee Piala FA pada hari rabu ini.

Meskipun kehilangan tiga pemain utama yang mengalami kecederaan, Zainal yakin barisan pemain yang sedia ada mampu melaksanakan tugas dengan baik dalam perlawanan yang seterusnya.

“Saya masih menaruh kepercayaan bahawa barisan pemain yang ada mampu menggalas tanggungjawab dengan baik sebagaimana yang dibuktikan pada malam ini (kelmarin), cuma kita gagal meraih jaringan,” tegasnya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN