Selepas Kalah 6-1, Nasser Al Khelaifi Arah Batalkan Penerbitan Dokumentari Khas

Laman L’equipe melaporkan pasukan PSG telah pun merakamkan beberapa babak untuk dokumentari khas pasukan tersebut.

Ianya dipercayai dirakam untuk menunjukkan kejayaan PSG menghampakan Barcelona di hadapan 96,000 penyokong di Camp Nou.

Filem dokumentari ini mahu memahatkan kemenangan berharga ke atas Barcelona sebagai salah satu peristiwa penting dalam sejarah kelab mereka.

Lebih penting ianya berlaku pada era Nasser Al Khelaifi.

Selepas kejayaan indah menang 4-0 di Paris, PSG sangat yakin mereka akan mara ke pusingan seterusnya dan berpotensi membawa UCL pertama kali ke kabinet mereka.

Beberapa babak khas telah dirakam oleh produksi perfileman yang dilantik oleh Nasser Al Khelaifi.

Antaranya adalah temu ramah khas dengan para pemain dan pegawai pasukan. Ini termasuk, rakaman gelagat dan aksi pemain serta ketika mereka berada di pusat latihan.

Kemudian mereka meneruskan rakaman sepanjang perjalanan PSG ke Camp Nou ketika mereka di lapangan terbang dan di atas pesawat.

Paling menarik perhatian adalah babak khas melibatkan Presiden Kelab, Nasser Al Khelaifi. Ia melibatkan babak ketika beliau menaiki jet peribadi mewah beliau.

Kemudian, beliau turun di Barcelona dan menuju hotel mewah. Beberapa temu ramah khas dengan Nasser Al Khelaifi tentang pengalaman beliau sepanjang perjalanan dan harapan beliau kepada pasukan PSG.

Dokumetari itu sepatutnya menuju ke fasa akhir selepas tamat aksi di Barcelona.

Namun malangnya, produksi dokumentari tersebut telah dibatalkan serta merta. Ianya selepas PSG kalah teruk 6-1 di Camp Nou.

https://twitter.com/barcastuff_real/status/840181217664344064

Sayang jugalah produksi ini dibatalkan. Boleh sahaja mereka menghasilkan dokumentari bagaimana pasukan mereka kalah dengan dramatik di Camp Nou.

Baca juga: Kebangkitan Terulung Dalam Sejarah UCL! Barcelona Belasah PSG 6-1 Di Camp Nou

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN