Kebangkitan Terulung Dalam Sejarah UCL! Barcelona Belasah PSG 6-1 Di Camp Nou

Barcelona menjadi pasukan pertama yang mampu mara setelah ketinggalan dengan aggregate 4 gol dalam era UCL.

Ia adalah malam malapetaka untuk Paris St. Germain yang akan kekal diingati sebagai malam derita dalam sejarah kelab mereka.

Barcelona mendahului seawal minit ke-3 menerusi Luis Suarez yang menanduk masuk bola ketika pertahanan PSG dalam keadaan kelam kabut.

Barcelona bergelut untuk mencari gol ke-2. Sehinggalah minit ke-40 barulah mereka diberikan ehsan oleh jaringan sendiri oleh Kurzawa.

Separuh masa pertama berakhir dengan 2-0 dan Barca di belakang dengan aggregate 2-4.

Bersambung separuh masa ke-2, Barcelona dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-50 dan disempurnakan oleh Lionel Messi.

Barcelona menghidupkan persaingan dalam kedudukan 3-4 aggregate.

Namun penyokong Barcelona tersentak dengan jaringan di tempat lawan oleh Cavani pada minit ke-62. Dalam kedudukan aggregate 3-5, Barcelona perlukan 3 gol dalam masa kurang setengah jam.

PSG sudah berkira-kira untuk lari daripada malam seram melepaskan 3 gol.

Neymar berjaya menghidupkan sekali lagi perlawanan dengan jaringan cantik pada minit ke-88. Penjaga gol hanya terpaku.

Barcelona kini dalam kedudukan aggregate 4-5 pada minit ke-88. 2 gol untuk dicari untuk mara. Masih kelihatan misi mustahil!

Pada masa kecederaan minit pertama, Luis Suarez dijatuhkan di dalam kotak penalti. Penalti tersebut disempurnakan oleh Neymar.

Kini kedudukan 5-5 secara aggregate dan PSG masih berkelebihan untuk mara. Mereka perlu bertahan.

Namun sejarah gemilang tercipta pada minit ke-95 masa kecederaan. Sergi Roberto menerima bola hantaran cantik oleh Neymar dan menjaringkan gol kemenangan Barcelona.

Ia adalah jaringan pertama Sergi Roberto musim ini. Ia juga diingati sebagai jaringan yang telah mencipta kebangkitan teragung dalam sejarah UCL.

Jadi, ini adalah kronologi bersejarah itu:

3: Gol Luis Suarez, Barcelona 1-0 PSG (1-4)
40′: Gol sendiri Layvin Kurzawa, Barcelona 2-0 PSG (2-4)
50′: Gol Lionel Messi (penalti), Barcelona 3-0 PSG (3-4)
62′: Gol Edinson Cavani, Barcelona 3-1 PSG (3-5)
88′: Gol Neymar (free-kick), Barcelona 4-1 PSG (4-5)
90’+1: Gol Neymar (penalti), Barcelona 5-1 PSG (5-5)
90’+5: Gol Sergi Roberto, Barcelona 6-1 PSG (6-5)

Barcelona terlalu dominan dengan 71% penguasaan bola. Mereka hanya melakukan 9 cubaan tepat tetapi dengan cemerlang menjaringkan 6 daripadanya.

Dalam era UCL mereka menjadi pasukan pertama yang mampu bangkit selepas defisit 4 gol aggregate dalam peringkat kalah mati.

Tahniah Barcelona di atas kemenangan ini. Ia benar-benar memberitahu tiada yang mustahil dalam bola sepak.

Perlawanan hanya berakhir hanya selepas pengadil meniup wisel penamat.

Barca 6 PSG 1 – The Greatest European Comeback Of All Time. Lebih signifikan, ia adalah hadiah musim terakhir Luis Enrique di Camp Nou.

Barcelona mara ke suku akhir untuk kali ke-10 berturut-turut.

Barcelona telah menjaringkan 17 gol dalam 3 perlawanan terakhir mereka di Camp Nou dalam semua pertandingan.

Sebagai rekod, sebelum ini selain daripada UCL, ada beberapa kebangkitan daripada defisit 4 gol dalam kejohanan Eropah:

Borussia Monchengladbach v Real Madrid (1985-86 Uefa Cup), Rela bangkit menang 4-0 selepas tewas 5-1 di perlawanan pertama.

Leixoes v La Chaux-de-Fonds (1961-61 Cup Winners’ Cup), La Chaux menang 5-0 pada perlawanan kedua selepas tewas 6-2 sebelumnya.

Partizan v QPR (1984-85 Uefa Cup), Partizan menang 4-0 untuk bangkit daripada kekalahan 6-2 dalam perlawanan pertama di tangan QPR. Partizan menang peraturan gol di tempat lawan.

Baca juga: Raul: “Barcelona Tak Mungkin Lakukan Kebangkitan, Mereka Bukan Real Madrid”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN