Mourinho Masih Berkeras Label Chelsea Adalah Pasukan Defensif!

Jose Mourinho sekali lagi mempertahankan hujah beliau sebelum ini dengan melabel Chelsea adalah pasukan defensif.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte agak kecewa dengan label ini sebelum ini dan tidak mahu melayan kenyataan daripada Mourinho.

Ini kerana Conte tidak mahu terlibat dan terpancing dengan perang saraf yang dilancarkan oleh Mourinho.

Manchester United akan berhadapan dengan Chelsea dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada Isnin ini.

Mourinho sekali lagi melabelkan pasukan Chelsea di bawah Conte sebagai pasukan defensif.

Bercakap kepada BBC, Mourinho berkata:

“Saya tidak terkejut dengan pencapaian mereka musim ini, saya cuma terkejut melihat cara mereka bermain.”

“Saya ingatkan mereka lebih dahagakan bola sepak yang berbeza.”

Mourinho seakan-akan menyindir pemilik dan segelintir penyokong Chelsea yang sebelum ini mengkritik taktikal Mourinho yang defensif dan berasaskan serangan balas.

Mourinho menambah:

“Sebab saya sentiasa berpendapat Chelsea adalah pasukan luar biasa. Tetapi, Chelsea hanyalah sebuah pasukan defensif yang mengagumkan.”

Untuk rekod Chelsea telah menjaringkan 57 gol musim ini berbanding dengan 37 gol sahaja oleh Manchester United.

Mourinho nyata kecewa dengan kritikan yang beliau terima ketika di Chelsea. Chelsea di bawah Mourinho kerap dilabel sebagai pasukan serangan balas yang membosankan. (boring counter-attacking style).

Mourinho menyatakan, Roman Abramovich sentiasa mahukan beliau membentuk pasukan yang bermain bola sepak menyerang selepas musim pertama beliau mengendalikan Chelsea.

Ditanya tentang isu pemecatan beliau di Stamford Bridge, Mourinho enggan mengulas lanjut tentang isu ini.

Beliau tidak mahu kehadirannya kali ini dianggap untuk membalas dendam ataupun mencari siapa salah.

Mourinho hanya fokus untuk membawa United mara ke separuh akhir Piala FA. Beliau berikrar akan menurunkan kesebelasan terkuat dalam perlawanan ini.

Baca juga: Antonio Conte Memuji Burnley, Tidak Pedulikan Kenyataan ‘Pasukan Defensif’ Oleh Mourinho

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN