Pemain remaja Barcelona, Ansu Fati tidak dapat dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan ketika pasukannya menang besar 4-0 ke atas Villareal tempoh hari kerana trofi tersebut ditaja oleh syarikat arak dan beliau pula masih di bawah umur.
Pemain berusia 17 tahun itu meledak dua gol dalam perlawanan tersebut dalam tempoh 20 minit pertama sebelum mendapatkan sepakan penalti untuk Barca selepas dijatuhkan oleh Mario Gaspar pada minit ke-35 yang diambil oleh kapten pasukan, Lionel Messi.
Pemain sayap Sepanyol berkenaan beraksi cemerlang sehingga minit ke-70 dan diganti oleh Ousmane Dembele. Namun anugerah yang ditaja oleh Budweiser, Fati tidak boleh menerimanya kerana had umur untuk minum arak di Sepanyol hanya dibenarkan kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas.
https://twitter.com/barcacentres/status/1310334116601065472?s=20
Anugerah pemain terbaik tersebut kemudian diberikan kepada Jordi Alba dan tentunya ia mengecewakan Fati yang akan cukup umur 18 tahun pada 31 Oktober ini.
Dalam perlawanan tersebut, penguru baharu Ronald Koeman turut memberi peluang kepada dua pemain muda, Francisco Trincao, 20 dan Pedri, 17 untuk beraksi selama 20 minit sebagai langkah permulaan untuk membentuk bintang generasi baharu di Nou Camp.
Dalam pada itu, Fati berterima kasih kepada Messi yang dikatakan telah banyak menasihati dan membimbingnya sejak berjaya menembusi ke skuad utama bermula musim lepas. Menurutnya, peluang untuk beraksi bersama pemenang Ballon d’Or enam kali itu dalam satu pasukan adalah mimpi yang menjadi kenyataan.
Two more Barcelona goals for 17-year-old Ansu Fati ✨
— GOAL (@goal) September 28, 2020
The heir to Lionel Messi's throne 👑 pic.twitter.com/h0cQtGCwil
“Bermain dengan Messi telah menjadi impian saya sejak saya masih kecil dan sekarang ianya telah menjadi kenyataan. Dia banyak memberikan nasihat dan sering membantu saya sama ada ketika perlawanan mahupun latihan,” kata Fati.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Sepanyol: