Arteta Jamin Perkara Ini Akan Berlaku Kalau Lepas Pressing Liverpool

Susulan kekalahan 1-3 Arsenal kepada Liverpool dalam aksi Premier League di Anfield awal pagi tadi, pengurus mereka Mikel Arteta memberi sebab mengapa juara Premier League itu susah untuk ditewaskan – walaupun dengan taktikal sempurna.

“Sebabnya adalah kualiti Liverpool. Mula-mula mereka akan buat pressing terhadap bola pertama, kedua, ketiga keempat anda. Mereka tak berhenti pressing, ada sahaja pemain yang akan pressing, mereka ada kualiti.

“Bila anda lepas pressing Liverpool, anda akan jumpa [Virgil] van Dijk pula. Kemudian dia akan buat hantaran 80 ela terus ke Mo Salah. Tiba-tiba, mereka dapat keluar daripada pressing kami. Inilah namanya kualiti,” kata Arteta dalam sidang media selepas perlawanan.

Dalam erti kata lain, Arteta memuji kualiti Liverpool dalam transisi – terutamanya transisi bertahan ke serangan. Benarlah kata Jurgen Klopp:

Jika van Dijk tak dapat melakukan hantaran jauh ini sekalipun, Liverpool masih lagi mempunyai penjaga gol Allison Becker yang juga berkemampuan membuat hantaran jauh yang tepat.

Selain itu, perlu diingat strategi ini tidak mungkin akan berjaya tanpa kualiti teknikal Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino. Kepakaran mereka menerima bola hantaran jauh dengan hanya satu, dua sentuhan adalah peragaan kualiti teknikal yang tinggi, tetapi selalu dipandang sebelah mata.

Arteta turut menyamakan kualiti pressing Liverpool pada separuh masa kedua umpama ‘ombak demi ombak yang melemaskan’.

“Liverpool sangat mengagumkan [pada separuh masa kedua]. Cara tiga penyerang paling depan mereka pressing, disokong pula oleh pemain tengah. Mereka sentiasa buat hantaran tepat. Mereka percaya dengan sistem mereka.

“Inilah yang saya cakap kepada pemain saya sebelum perlawanan. Percaya kepada sistem kita sendiri. Mainlah dengan karakter dan kepercayaan. Hari ini kami terpaksa mengaku mereka memang lebih bagus. Kami kena perbaiki lagi. Inilah tahap yang kita nak capai. Khamis ini (pertemuan Carabao Cup) kami akan cuba untuk menang lagi.

“Kami berada dalam perjalanan yang berbeza berbanding mereka. Liverpool sudah bermain dalam sistem ini selama lima tahun. Mereka ada kepercayaan tinggi dan pembelian pemain meningkatkan lagi kualiti mereka. Liverpool telah menjadi penanda aras tinggi dalam Premier League untuk jangka masa yang lama,” kata Arteta lagi.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN