Disambut Bak ‘Gladiator’, Dybala Diraikan Sebagai Pemain AS Roma Depan Ribuan Penyokong

Paulo Dybala

Pemain baharu AS Roma, Paulo Dybala pastinya tidak akan lupakan detik ketika beliau diperkenalkan sebagai rekrut terkini kelab itu.

Beliau yang meninggalkan Juventus yang tidak lagi mahukan khidmtnya tidak lagi diperlukan kelab itu menyertai Roma selepas turut dikaitkan dengan Inter Milan.

Dybala jelas sekali tidak diperlukan oleh Juventus dan pengurusan kelab berterus terang dengannya mengenai perkara itu.

Memulakan era baharu bersama-sama Roma, Dybala menerima sambutan yang cukup hebat dari penyokong kelab itu.

Tiada video pengenalan yang gempak atau pun gimik yang memukau, sebaliknya Dybala diperkenalkan dengan gaya sebenar orang Rom.

Dybala diperkenalkan di hadapan ribuan penyokong setia Roma di tempat awam. Pengenalan beliau tidak ubah seperti seorang gladiator yang bertemu dengan ribuan pendukung setianya selepas memenangi pertaruangan di Colosseum.

Dengan tenang hanya sekadar duduk di lantai, Dybala menikmati detik-detik beliau diangkat sebagai wira baharu Roma oleh penyokongnya.

Datang kerana Mourinho

Dybala mengakui yang perancangan oleh pengurus Roma, Jose Mourinho menjadikan mengapa pemain itu memilih untuk ke sana.

Bercakap ketika sidang media memperkenalkan dirinya sebagai pemain baharu Roma, Dybala menyaksikan kejayaan Roma musim lalu menjadi sebab kenapa mahu menyertai mereka.

“Soalan pertama saya kepada Mourinho adalah apa yang kita boleh menang. Saya suka menang dan ada beberapa rujukan yang boleh digunakan dari musim lepas.

“Terdapat pengetahuan pengurus dan kepercayaan kepada para pemain, sambil memahami sesama sendiri ketika latihan. Ini amat penting dalam mencapai objektif.

“Saya akan berikan segalanya untuk terus menang,” kata Dybala menerusi Football Italia.

Musim lalu, Mourinho membimbing Roma untuk menjadi juara sulung UEFA Europa Conference League selepas menewaskan Feyenoord 1-0 di perlawanan akhir.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN