RASMI: Benjamin Mora Berpisah Dengan JDT Atas Faktor Peribadi

Benjamin Mora JDT ACL

Selepas pelbagai teka-teki, akhirnya ianya terjawab apabila Benjamin Mora dilepaskan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh JDT menerusi kenyataan mereka.

Menurut JDT, mereka melepaskan Mora kerana beliau perlu terbang segera ke negara asalnya iaitu Mexico atas faktor peribadi.

Faktor yang dianggap sebagai “tidak dapat dielakkan” itu telah menjadi punca perpisahan antara JDT dengan Mora.

JDT kemudiannya menghormati situasi itu lalu memilih untuk menerima perpisahan ini dengan sentiasa menerima kehadiran Mora ke Stadium Sultan Ibrahim pada masa hadapan.

“Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang,” ujar JDT dalam kenyataan mereka.

Mora menjadi jurulatih JDT paling berjaya dalam sejarah singkat kelab itu apabila berjaya empat Liga Super dan Piala Sumbangsih.

Selain itu beliau turut menghadiahkan Piala Malaysia sebanyak sekali serta membawa JDT cukup jauh dalam saingan kelab utama Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN