Manchester United Tingkat Bidaan Untuk Lisandro Martinez, Turut Minat Dapatkan Dybala Dan Penyerang RB Leipzig

Manchester United dilihat semakin tertekan dalam jendela perpindahan kali ini apabila Barcelona masih belum memberi kata putus mengenai pemain mereka, Frenkie de Jong untuk dilepaskan ke kelab tersebut.

Untuk mengelakkan sesuatu keputusan tak diingini berlaku, United kini turut meningkatkan bidaan mereka kepada pemain dari Ajax iaitu Lisandro Martinez.

Menurut ESPN, United berhasrat untuk meningkatkan bidaan kepada €50 juta untuk pemain berusia 24 tahun itu untuk menyingkirkan persaingan bersama Arsenal.

Rundingan Dapatkan de Jong samar-samar

Sebelum itu, rundingan juga telah dibuat oleh pihak United kepada de Jong namun masih keputusan masih samar-samar mengenai masa depan pemain tersebut untuk berpindah.

Barcelona juga pernah menyatakan secara umum mengenai status de Jong kekal menjadi milik mereka, namun tidak dapat dipastikan lagi jika benar atau tidak pemain dari Belanda itu tidak akan berpindah ke Old Trafford pada musim akan datang.

Setakat ini, United telah pun meletakkan tawaran sebanyak €65 juta, namun masih ada halangan lain yang menyekat hasrat mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.

Situasi yang menjadi sukar ketika ini apabila Barcelona masih lagi mempunyai baki tunggakan gaji kepada de Jong, apabila pemain itu sebelum ini bersetuju untuk menerima pemotongan gaji sewaktu pandemik Covid-19, dan kelab bersetuju untuk membayar baki sehingga kontraknya tamat pada 2026.

Peluang cerah dapatkan Martinez

Dalam masa sama, rundingan dibuat antara United bersama Martinez dilihat lebih stabil dan kelab tersebut dijangka tidak sukar untuk mengatasi pesaing mereka iaitu Arsenal.

Ajax juga dilihat lebih bersifat kompromi untuk melepaskan Martinez yang dilihat bakal menjadi aset United kerana berkebolehan beraksi di posisi pertahanan dan tengah jik segala tawaran dapat dipersetujui bersama.

United yang berlepas ke Bangkok dan Australia untuk aksi pra-musim semalam hanya membawa seorang sahaja pemain baharu mereka iaitu Tyrell Malacia.

https://twitter.com/realquaresma/status/1543276633519439875?s=21&t=JWOO2hSbB_cH_P6Lx9qyfw

Pemain yang beraksi di posisi pertahanan kiri itu menjadi antara pembelian terbaharu United sejak Erik Ten Hag menjadi pengurus baharu kelab.

Seorang lagi pemain yang bakal menyertai United, Christian Eriksen masih lagi dalam situasi untuk menandatangani kontrak selamat tiga musim dan dikhabarkan tidak mengikuti kelab dalam penerbangan.

Paling utama, bintang penyerang mereka iaitu Cristiano Ronaldo tidak bersama-sama United dalam siri jelajah pra-musim ini kerana masih ada masalah peribadi perlu diselesaikan.

Intai peluang dapatkan Dybala dan Brian Brobery

Selain itu, United kini dikhabarkan sedang mengintai peluang untuk mendapatkan Paulo Dybala setelah pemain itu berpisah daripada Juventus.

Peluang itu dilihat lebih terbuka setelah Inter Milan telah pun dilihat memperlahankan minat mereka untuk penyerang Argentina itu setelah mereka mendapatkan Romelu Lukaku secara pinjaman dari Chelsea.

Walaupun berminat untuk dapatkan Dybala di posisi serangan United, kelab tersebut bagaimanapun tidak akan melepaskan Ronaldo dari Old Trafford pada musim hadapan.

United juga dilihat telah menunjukkan minat kepada penyerang muda RB Leipzig iaitu Brian Brobery dengan berharap dapat membuat tawaran bawah nilai €20 juta.

Penyerang itu dilihat sedang menikmati musim terbaik beliau dalam karier apabila sudah meledak tujuh gol daripada 13 penampilan ketika dipinjamkan daripada Ajax.

Sumber:
ESPN

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN