Pengarah Perhubungan Institusi Barcelona, Pere Gratacos seakan-akan tidak percaya akan nasib beliau yanag dipecat gara-gara mengkritik Lionel Messi pada aksi Copa del Rey lalu.
Gratacos mempertikaikan peranan Messi dalam perlawanan tersebut dan adakah pemain itu berhak mendapat tawaran kontrak baru dengan Barca.
Gratacos mungkin menggambarkan bahawa kontrak baru itu sangat besar nilainya.
Gratacos turut berkata:
“Leo (Messi) salah seorang pemain yang paling penting dalam pasukan. Tetapi dalam pasukan ini dia tidak akan , beliau tidak tidak akan sehebat ini tanpa pemain seperti Iniesta, Neymar dan yang lain-lain.”
“Namun, Messi tetap yang terbaik.”
Barca risau komen Gratacos itu akan memberi impak kepada rundingan kontrak baru. Gratacos bercakap secara terbuka tanpa mencerminkan pandangan kelab itu secara keseluruhan.
Ia adalah kenyataan bersifat peribadi dan kelab tidak boleh menerimanya. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk memecat Gratacos.
Gratacos masih ditawarkan jawatan di akademi La Masia. Jawatan Pengarah Perhubungan Institusi akan diambil oleh Albert Soler.
Pada Jumaat datang selepas CEO Barcelona, Oscar Grau berkata “akal” mesti digunakan dalam rundingan baru dengan Messi awal minggu ini.
Ada yang menjangka Barcelona dalam usaha untuk meminta Messi mempertimbangkan untuk mengurangkan permintaan gaji yang terlampau tinggi dalam kontrak baru.
Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu sebelum ini (pada Disember lalu) telah terlepas kenyataan yang memuji Messi sebagai pemain terbaik dunia dan dia berhak dibayar sebagai pemain paling mahal.
Namun, selepas Cristiano Ronaldo mega deal £365,000 seminggu selepas cukai di Real Madrid. Barcelona mungkin melihat potensi Messi akan meminta gaji lebih besar dari itu.
Tapi gaji terbesar di dunia sekarang adalah dipegang Carlos Tevez dengan £615,000 seminggu. Rasanya Bartomeu pasti menyesal dengan kenyataan terlebih teruja beliau sebelum ini.
Walaubagaimanapun Bartomeu tidak melihat sebarang halangan untuk Messi kekal di Barcelona dan menandatangani kontrak baru.
Baca juga: UEFA Dedahkan Manchester United Kelab Dengan Beban Hutang Paling Tinggi