Dion Cools Masih Membisu, Tiada Ucapan Buat Harimau Malaya?

Dion Cools Malaysia Singapura Tri-Nation Series 2022

Bek kanan Harimau Malaya, Dion Cools diketahui sentiasa ‘pantas’ dalam memberi respon atas apa-apa perkara dan isu berkaitan skuad negara.

Namun, selepas hampir 24 jam namanya tidak tersenarai ke saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, Cools masih ‘membisu’ di media sosialnya.

Seperti mana sebelum ini, ketika aksi terburuk skuad kebangsaan di Piala AFF 2020 yang menyaksikan mereka tersingkir awal di peringkat kumpulan, beliau adalah pemain yang terawal memberikan komen ketika itu.

Jika masih ingat, bekas pengendali, Tan Cheng Hoe bersendirian berdepan kritikan demi kritikan sebelum beliau tampil memberikan kenyataan.

https://www.instagram.com/p/CXvz5lMvztL/?utm_source=ig_embed&ig_rid=143e92b6-3e01-42f6-9358-866779fb1c26

Masih satu penghormatan besar. Kami pelajari sebagai satu pasukan dan kami akan kembali lebih kuat,” titipnya di Instagramnya. Di saat mungkin ramai merasa beliau ‘malu’, jelas beliau masih berbangga dapat bersama Malaysia walaupun hanya dapat diturunkan dalam satu perlawanan sahaja.

Dion Cools tidak dapat beraksi dalam tiga perlawanan awal Kumpulan B ketika menang 3-1 ke atas Kemboja, 4-0 ke atas Laos dan tewas 0-3 ke atas Vietnam. Malaysia pula perlu menang dalam aksi terakhir kumpulan.

Banyak pihak memandang seakan-akan ketibaannya ke sana bak ‘Dewa Penyelamat’ untuk menundukkan Indonesia sedangkan beliau juga pemain biasa. Dalam perlawanan itu juga beliau ‘terpaksa’ naik ke posisi penyerang!

Malah, selepas itu, di bawah kendalian pengendali baharu, Kim Pan-gon, ketika tewas 1-2 kepada Singapura dalam aksi persahabatan pada Mac, beliau juga yang pantas memberikan komen dengan permohonan maaf.

Jadi, di mana pemain berusia 26 tahun itu kini? Kali terakhir Instagramnya dikemaskini adalah lima minggu lalu dengan gambar memakai jersi Malaysia seperti memberi gambaran keterujaannya untuk kembali.

FAM Tak Sengaja Dedahkan Dion Cools Kekal Beraksi Di Eropah?

Ketika ini beliau sedang beraksi di Fortuna Liga – liga utama di Republik Czech bersama FK Jablonec yang disertainya pada September 2022.

Dan kelab tersebut telah pun menamatkan perlawanan terakhir pada 15 Disember sebelum liga berehat lebih sebulan dan akan kembali pada hujung Januari 2023. Sementara penampilan terakhirnya bersama Jablonec adalah pada November yang lalu ketika tewas 1-2 kepada Mlada Boleslav.

Hasil semakan, Fortuna Liga sedang berehat untuk musim sejuk – Winter Break, selain mungkin disebabkan Piala Dunia 2022 sedang berjalan.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Cools menyatakan alasan peribadi untuk menolak panggilan skuad kebangsaan untuk kali ini.

Diharapkan kita akan dapat pencerahan mengapa beliau menolak panggilan skuad negara untuk Piala AFF waima liga mereka sedang berehat.

Atau mungkin beliau juga mahu berehat disebabkan sudah melalui musim yang panjang bersama kelabnya – lapan penampilan, 720 minit aksi.

Kontrak Dion Cools 2022 Jablonec
FOTO: Transfermarkt.com

Malah, hasil semakan di laman Transfermarkt.com, kontraknya bersama Jablonec bakal berakhir pada 31 Disember depan. Apa kisahnya?

Adakah beliau membisu disebabkan sedang sibuk mencari kelab baharu bermula Januari depan? Tiada yang mustahil apabila memikirkannya.

Begitupun, hasil perkongsian pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada Jun lalu memberi satu ‘hint’ kepada kita. Cools bakal menyertai Harimau Selatan pada Januari berpandukan ayat ini, “See You In Johor Januari. Home of The Champions.

Kita juga memahami situasi Piala AFF yang tiada dalam kalender FIFA mungkin punca utama kelab Cools tidak melepaskannya untuk bersama Harimau Malaya. Tiada masalah, cuma mengapa memilih untuk membisu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN