Quantcast

BERITA

Dihentam Teruk, Ventura Anggap Ia Perkara Normal Dan Tak Akan Berundur

Walaupun diserang bertubi-tubi oleh media dan penyokong, pengendali Itali, Gian Piero Ventura menyatakan yang beliau tidak akan sama sekali meletak jawatan.

Ramai yang mendesak beliau meletakkan jawatan selepas kegagalan yang disifatkan oleh penyokong Itali membawa ‘kiamat’ kepada bola sepak Itali.

Ventura dikritik kerana pemilihan pemain serta pendekatan taktikal yang teruk dalam 2 perlawanan penentuan menentang Sweden. Itupun pada perlawanan pertama Ventura menyalahkan pengadil sebagai punca kekalahan.

“Saya tidak akan meletakkan jawatan. Saya masih belum berjumpa dengan Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC). Kami harus duduk semeja dan melakukan penilaian terhadap beberapa perkara.”

“Saya akan berjumpa mereka dan akan berhadapan dengan masalah ini. Saya juga meminta maaf kepada seluruh Itali kerana keputusan yang kami dapat.”

Penyokong Itali bukanlah terlalu meletakkan harapan tinggi melangit. Sebelum ini mereka masih memuji Antonio Conte dan berterima kasih dengan pengendali tersebut hanya kerana membawa Itali mara ke suku akhir Piala Eropah.

Ventura memberitahu, tekanan dan kekecewaan sebegini sudah biasa di dalam kehidupan seorang pengurus.

“Saya terlibat dalam bola sepak sudah lama dan saya tahu cara menerima keadaan sebegini. Saya berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan.”

“Saya juga kecewa malam ini dan sudah tahun signifikan perkara sebegini kepada jurulatih pasukan kebangsaan.”

Ramai juga yang hairan kenapa Ventura tidak menggunakan sistem serangan bertiga untuk membolehkan pemain Itali paling cemerlang di Serie A buat masa ini, Lorenzo Insigne beraksi.

(Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

Ventura lebih memilih pemain seperti El Shaarawy yang memiliki minit perlawanan jauh sedikit berbanding Insigne meskipun beliau mendapat aksi terbaik dengan Roma dalam perlawanan menentang Chelsea sebelum ini.

De Rossi antara yang lantang mempertikaikan pengurusan taktikal Ventura. De Rossi dilihat terkejut apabila diminta memanaskan badan.

Dan De Rossi memberitahu, sepatutnya Insigne yang dimasukkan kerana Itali perlu mencari gol kemenagan bukannya untuk seri.

“Kami menunjukkan beberapa idea dalam padang tetapi secara taktikal kami agak kurang. Maafkan tindakan saya, jika ada yang rasa tersinggung.”

De Rossi mengumumkan persaraan beliau daripada arena antarabangsa selepas perlawanan tersebut.

Ventura juga tidak mengendahkan prestasi pemain seperti Simeone Zaza dan Mario Balotelli yang boleh memberikan pelan B kepada Itali dengan bermain sistem ‘target man’.

2 pemain ini dalam prestasi terbaik dengan kelab masing-masing terutama sekali Simeone Zaza. Ramai juga merasakan pemain seperti Verratti tidak seharusnya diberikan imuniti di dalam pasukan.

Pemain tersebut masih gagal menujukkan aksi terbaik secara konsisten bersama pasukan Itali. Beliau tidak diturunkan pun kerana digantung.

Jelas sekali pemain seperti Florenzi layak diberikan tempat kerana berada dalam prestasi terbaik, begitu juga dengan Jorginho.

Ventura juga dikatakan gagal melakukan transisi secara sistematik untuk gandingan Chiellini, Barzagli dan Bonucci. 3 pemain ini kalau dicampur umur mereka, jumlahnya hampir 100 tahun.

Ventura sepatutnya sudah mulai perlahan-lahan melakukan transisi dengan adanya pemain seperti Rugani, Romagnoli dan Mattia Caldara.

Kini trio tersebut sudah pun berpecah selepas kerana 2 daripada mereka sudah pun bersara. Mujurlah Itali tidak ada perlawanan penting selepas ini. Jika tidak pastinya masalah untuk menggantikan 2 pemain lagi dengan Bonucci.

Ketika ini ramai penganalisis bola sepak di Itali mencadangkan agar Carlo Ancelotti dilantik segera. Ataupun FIGC memberikan pra-kontrak untuk Roberto Mancini yang akan tamat kontrak dengan Zenith St. Petersburgh akhir musim ini.

Mancini menyatakan beliau berminat dengan jawatan itu. Selain daripada Ventura, presiden FIGC, Tavecchio juga didesak untuk meletakkan jawatan kerana kegagalan ini.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!