Quantcast

LIGA MALAYSIA

Isu Lesen Kelab AFC, Kevin Ramalingam Minta Kedah Hormati Keputusan FAM

CEO FMLLP, Kevin Ramalingam tampil memberikan penjelasan beliau tentang kegagalan Kedah untuk mendapatkan lesen AFC. Namun pasukan tersebut berjaya mendapat lesen untuk Liga Super.

Bercakap kepada Berita Harian, Kevin Ramalingam memberitahu yang Kedah sudah berjaya mendapatkan Lesen FAM untuk beraksi di Liga Super setelah membuat rayuan.

Namun Kevin memberitahu, jika Kedah gagal untuk mendapatkan lesen AFC, bermakna mereka harus akur dan tidak boleh bermain dalam kejohanan Piala AFC.

Beliau menyatakan yang perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan buat masa ini pihak FMLLP tidak boleh memberikan sebarang komen yang lebih panjang tentang hal itu.

Ini kerana urusan itu adalah di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Kelab Dan Perlesenan Kelab FAM.

Beliau juga menyatakan yang urusan pemberian slot kedua mengiringi JDT ke Piala AFC 2018 juga di tangan FAM. Ini selepas pasukan Pahang diberitakan akan menggantikan Kedah untuk bermain di Piala AFC.

“Apa jua keputusan jawatankuasa FAM itu, kita kena hormat. Itu saja yang boleh saya katakan.”

“Mungkin ada penyokong yang tidak akan berpuas hati dan sebagainya, tapi saya harap semua dapat terima.”

“Diharapkan apa yang terjadi nanti boleh dijadikan iktibar untuk semua pasukan agar mengambil serius mengenai kepentingan pelesenan kelab kerana ia asas untuk kemajuan bola sepak kita.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!