Quantcast

BERITA

KJ: “Bertenang Semua, FAM Ada Pelan Jangka Panjang, Ada Sinar Di Hujung Terowong”

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta semua pihak tidak terlalu cepat untuk menghukum dan mengkritik skuad Malaysia.

Ini selepas skuad Malaysia kalah 7 perlawanan berturut-turut. Beliau memberitahu prestasi semasa skuad kebangsaan pada hari ini adalah cerminan daripada pengurusan sebelum ini.

Jadi, beliau meminta semua pihak memberikan ruang yang secukupnya kepada pucuk pimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memperbaiki masalah yang ada. Beliau berkata:

“Kita kena lihat prestasi pasukan kebangsaan dalam konteks lebih menyeluruh, jangan mudah untuk beri kecaman, prestasi mencerminkan struktur bola sepak sedia ada yang memerlukan masa untuk baiki.”

“Memang pasukan senior yang dihantui struktur yang bertahun-tahun, bukan mereka tidak bagus tapi mereka mencerminkan struktur pengurusan tempoh itu (lama).”

“Saya faham bila kita kalah ramai kecam dan kritik, tapi ini projek jangka panjang dan perlu ada semangat nasional untuk beri sokongan.”

“Jangan tahun ini kurang berjaya, maka terus hukum sebab pasukan bola sepak negara banyak kejayaan bawah umur ada sinar di hujung terowong sukan bola sepak negara,”

“Dari segi pembangunan bola sepak hari ini, prestasi kejayaan yang dicatat oleh pasukan bawah umur 15, 18 dan 23 tahun lebih cerah.”

“FAM sedang usahakan sistem yang lebih tersusun supaya lebih ramai lagi peringkat akar umbi main dalam liga dengan lebih tersusun.”

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!